Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Terbaru dari Thomas & Friends di Sunway Pyramid Shopping Mall


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Mattel Southeaset Asia (Mattel) baru-baru ini telah melancarkan Thomas & Friend, koleksi mainan terbaru di Malaysia. Kali ini ianya bertema Thomas’s New Adventure beyond the Island of Sodor. Itu yang kolin dan anak-anak pun sertai bersama bagi pelancaran koleksi terbaru ini.


Bersama-sama Sunway Pyramid, Mattel telah membawakan pelbagai aktiviti Thomas & Friends Adventure ke shopping mall ini. Dari 29 April sehingga 14 Mei 2017, korang semua dijemput ke suangan Blue Concourse Sunway Pyramid bagi menyertai semua acara yang ada di situ. Dan jangan risau, mak pak semua, ianya percuma !!! 






Anak-anak akan diberikan peluang untuk merentasi teka teki jalan atau maze, kemudian, ‘slide into the sea of adventure, seterusnya aktiviti reach for the stars kemudian menaiki keretapi Thomas & Friends mengelilingi ruang legar di Blue Concourse Sunway Pyrami. Selesai semua aktiviti, story telling bermula dan pertandingan mewarna pun ada. Kolin tahu ramai anak-anak dan ibu bapa di Malaysia suka koleksi Thomas & Friend kan, ini lah masa korang nak tambah koleksi terbaru.



Dapat berhibur dan melepak di Sunway Pyramid sambil manafaatkan cuti hujung minggu dengan aktiviti macam ni kan best. Dapat juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Yang penting anak-anak pun hilang stress ke sekolah selama seminggu. Buat korang yang mahukan lebih banyak maklumat boleh lah ke www.facebook.com/sea.thomasandfriends
Berita baik buat semua pelanggan yang ingin ke Sunway Pyramid mengunakan grab. Jangan lupa dapatkan RM5 diskaun dari atau ke Sunway Pyramid dengan mengunakan kod ‘THOMAS’ ok. Klik http://grb.to/thomas untuk syarat. 


Love,

Kolin Zainal

1 comment:

loving me..loving you