Assalammualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini Hotel Bangi-Putrajaya telah melengkapkan
renovasi mereka dan buat branding yang baru dari Café Lavista selepas 10 tahun
beroperasi ke FUNTASIA, A Magical
Culinary Experience
Untuk itu, kolin telah pun menghadiri sambutan baru-baru ini
bersama ibu dan anak perempuan kolin. So ladies day out lah hari cuti 1 May
yang lalu. Tiga generasi dari nenek ke anak dan cucu memang seronok dengan
sambutan 20 tahun Hotel Bangi-Putrajaya. Hotel yang telah dimemberikan
khidmatnya dari 1997 ini telah sekali lagi menampilkan ruang makan yang sangat
memikat hati. Semua dekorasi fresh sangat dengan warna lembut.
Restoran baru FUNTASIA ini mempunyai ruang makan yang lebih
besar dan kapasiti tempat duduk untuk 800 tetamu. Kiranya kalau korang nak buat
majlis perkahwinan di sini pun memang lawa sangat. Sebab kat luar tempat makan
ini betul-betul mengadap kolam renang hotel yang sangat indah.
Ianya menghidangkan makanan hidangan secara buffet mempunyai
pelbagai pilihan dari makanan tempatan, masakan barat dan pelbagai hidangan
panas-panas yang disediakan oleh pihak Chef di sini. Menjanjikan pengalaman ‘A
Magical Culinary Experience’ memang kena dengan dekorasi sebaik melangkah masuk
kat sini lah. Dengan pelbagai makanan unik dan cara hidangan mereka memang
kolin suka sangat. 12 kaki tinggi Roda atau Ferris Wheel yang ada pelbagai
hidangan ini memang menjadi tarikan dan kalau korang nak tahu, ini lah
satu-satunya roda makanan yang ada di Malaysia tau. So rugi lah kalau tak pergi
tengok sendiri kan.
Menampilkan dapur yang terbuka atau ‘open kitchen’ so korang
semua boleh tengok sendiri penyediaan makanan di depan mata. Kalau ke sini
jangan lupa try nasi goreng satu minit ok. Memang menakjubkan sebab mengunakan
mesin dan nasi siap dalam masa seminit !!!
Jangan lupa juga hidangan yang menjadi kegemaran ramai iaitu
Gyoza (Japanese Dumplings) , Mee Kari, Pizza atau Pasta. Untuk hidangan pemanis
mulut korang boleh lah cuba kuih ketayap yang disediakan panas-panas. FUNTASIA
dibuka setiap hari dari 6.30 pagi sehingga 1.00 malam untuk hidangan ala carte.
Manakala untuk buffet breakfast setiap hari dari 6.30 pagi sehingga 10.30 pagi.
Buffet Lunch pula dari jam 12.00 tengahari sehingga 2.30 tengahari dari Isnin
ke Jumaat dan Ahad. Manakala Hi Tea pula setiap hari sabtu dari jam 12.00
tengahari sehingga 3.30 petang. Buffet bagi makan malam setiap hari dari jam
7.00 petang sehingga 10.00 malam.
Untuk penempahan korang boleh call 03-8210 2222 atau emel fb_reservation@hotelbangi-putrajaya.com
atau layari website mereka www.hotelbangi-putrajaya.com
bagi segala informasi mengenai promosi terbaru. Yang pasti kolin memang teruja
dan seronok pada hari pelancaran tempoh hari sebab ada ‘live band’ dan paling
penting kolin dapat melepak dan meluangkan masa dengan anak perempuan kolin dan
mama kolin. Kiranya kami celebrate early Mother’s Day terus kat sini. Terima
kasih FUNTASIA Hotel Bangi- Putrajaya sudi menjemput kolin untuk bersama-sama
meraikan ulangtahun ke 20 dan pelancaran FUNTASIA. Panjang umur jumpa lagi ok !
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you