Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Makan alas daun pisang

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Selalu memang makan dalam pinggan, ntah kenapa hari tu kolin dan suami beriya-iya nak makan alas daun pisang hahahha. Ini semua disebabkan kami buat 'shell out' lagi. Semua tak nak guna plastik dah, senang dan wangi kan kalau berhidang atas daun pisang. Buat kolin pulak, bagus laaa..aku tak payah basuh pinggan banyak-banyak. Tapi sebelum hidang, suami kolin layur kan dulu atas api daun pisang ni. Mana nak tahu kan, daun tu ada kuman atau apa-apa. Tapi serius, memang wangi koooo makan alas daun pisang. 

Inilah hidangan yang sempat kolin masak buat 'shell out' makan empat beranak. Sila jangan kecam ye, ini semua memang habis di ratah. Kolin kalau begini nasi memang kurang sentuh. Nasi di bahagikan terus antara suami dan anak bujang ler nampak nye 


Ketam bercili, udang goreng tepung, kupang masak kicap black pepper, ikan bakar, kepah halia dan akhir sekali ketam goreng tepung. Sebab anak dara kolin tak makan pedas, tu yang ketam ada dua masakan tu. Tapi belasah lah, janji keluarga kita bahagia kan. Masak ini semua kejap aje buat kolin. Sebab kolin terer hahahahhahah

Inilah hasilnya, makan alas daun pisang atas lantai yang disediakan dengan penuh kasih sayang buat kami untuk anak-anak. Anak-anak dua orang aje, tapi meriah macam 10 orang kami ni. Cukup berempat semua di santap habis huhuh


Alhamduillah kenyang dah !!! 


So korang kalau nak makan try lah kaedah ni pula. Mana tahu bulan puasa ni boleh kita berbuka kat rumah begini kan. Lagi meriah kalau kita ada talam yang besar bulat tu. Lebih best makan dalam talam sekeluarga kan. Inilah dia makan alas daun pisang versi keluarga kami. Korang nak cuba boleh laa..jangan tak cuba sebab best gilerrrr !!!

Love, 

Kolin Zainal 

1 comment:

  1. waw! sedapnya makan ataih daun pisang.. hehe
    btw kite dah lama follow akak.. cuma akk je tak perasan.. hehe :)

    ReplyDelete

loving me..loving you