Assalammualaikum
dan salam sejahtera
Mesti
korang semua nak beraya dengan tudung terkini yang ada dalam pasaran sekarang
kan. Semua fesyen tudung terkini mestilah kita nak gayakan menjelang Aidilfitri
nanti. Kolin pun tak sangka pula tudung Duckscarves mampu di miliki dengan
harga yang sangat-sangat berpatutan di Carousell.
Buat korang yang masih tak tahu menahu apa yang ada, kolin nak berkongsi dengan
korang bahawa pelbagai barangan yang berjenama dan berkualiti dijual dengan
harga yang sangat berbaloi di laman web ini. Korang boleh klik di sini MuslimahFashion dan lihat lah sendiri pelbagai fesyen terkini di tawarkan. Bagi korang
yang menjimatkan duit dan masa inilah masa yang paling sesuai tau. Kolin memang
dah lama mengidam nak ada koleksi yang ini tau. So inilah masa yang sesuai
untuk membeli koleksi tudung idaman kolin yeay !!!
Perkara
pertama korang buka laman web atau nak mudah download sahaja Apps di Play
Store. Selepas itu type sahaja ‘duckscarves’
di ruangan cari di atas tu. Jangan tak percaya dari yang baru sehinggalah yang ‘preloved’ ada di jual di Carousell.
Korang boleh pilih pelbagai corak dan warna kat sini. Memang buat kolin rambang
mata sangat tau, sampai tak tahu nak yang mana satu dah. Antara yang mengamit perasaan koleksi yang ini. Harga
asalnya RM130 tau, tapi preloved yang ditawarkan pada RM100 cukup berbaloi
untuk koleksi ini.
Untuk
yang mencari yang koleksi lain pun ada juga tau. Yang ini warna maroon dan
koleksi KLCC. Memang menjadi idaman Malaya tau, ramai gigit jari nak beli yang
ini. Untuk yang ini preloved hanya RM280 sahaja tau. Harga asal dekat RM400,
kalau mengidam tutup mata aje boleh lah beli yang ini. Kan kolin dah cakap kat
laman web ini memang korang boleh rambang mata sebab banyak koleksi yang
ditawarkan pada harga yang sangat berbaloi. Memang kenalah dengan masanya nak
berhari raya ini kan.
Hari Raya mestilah kita nak bergaya. Lagi pun ini antara warna kegemaran kolin ni.
Yang
ini pula dUCk Scarve Limited Edition, Songket in Blue. Kalau dah limited
edition maknanya tak banyak lah koleksi di jual kan. Dekat sini korang boleh
beli dengan harga yang sangat berpatutan. Kalau harga asal limited edition ini
memang lah mahal. Tapi kali dah berpatutan sangat ini. Memang kolin minat betul
koleksi yang ini. Sesuai betul digayakan di pagi hari raya nanti huhuhu…tak
sabar nak klik dan chat dengan seller ini. Nak close deal cepat-cepat, semoga
yang ini menjadi milik kolin cepat !!!!
Kalau
korang rasa preloved sahaja yang dijual, korang memang silap. Sebab kat
Carousell ini korang boleh juga dapatkan barangan NEW atau baru. Macam yang kat
bawah ini. Duck Scarves Worldmap harganya RM450.00. Masih baru dalam kotak lagi
tau !! Yang ini memang memukau mata kan, dengan warna pelangi pastel. Pendek
cerita kalau korang nak yang baru pun ada di jual. Yang penting tudung terkini
dapat di miliki betul tak. Baru atau preloved terpulang lah pada kepada selera
citarasa kita sendiri. Yang penting pilihan yang ada banyak untuk kita kan. Siapa yang tak nak tudung terkini di pasaran kan.
Apa
pun pilihan kita, kita pilih lah sendiri bajet kita. Ikutkan pelbagai barangan
yang ditawarkan. Apa yang kita boleh buat, kita bandingkan harga, tengok berapa
banyak pilihan yang ada dan paling penting laman web ini sangatlah mudah
digunakan. Dalam banyak-banyak Duck Scarves yang ada dalam ini mesti ada yang
menjadi pilihan kita kan. Kolin suka yang simple dan plain dan sudah tentu
kolin memilih yang sesuai dengan bajet raya kolin nanti. Kalau korang
perhatikan beli di kedai dan di laman web ni, kadang-kadang lagi murah di laman
web. Itulah sebabnya kolin cadangkan korang semak dahulu sebelum membuat
pembelian ok. Lagipun kalau korang buka Carousell memang banyak pilihan yang
ada. Lagi satu di sini banyak jenama-jenama selebriti dan jenama popular yang
ada dijual.
Lagi best semua jenama selebriti dan popular ini dijual pada harga
yang sangat berpatutan. Siapa sangka dengan satu laman web yang sangat mudah
dan simple ini segalanya ada.
Buat
korang yang masih mencari tudung untuk digayakan di pagi raya, jangan lupa
singgah okay. Mana yang dah tahu laman web yang menjual pelbagai jenama ini
jangan lah tak berkongsi dengan kawan-kawan. Kongsi tau cerita kolin ini, mana
tahu kita dapat bantu kawan-kawan kita berjimat dengan shopping di Carousell.
Ianya lebih murah, mudah dan paling penting boleh dipercayai. Kolin cerita ini
melalui pengalaman kolin. Senang sangat nak berurusan di laman web ini. Lagi
satu penting untuk kolin beritahu kat korang semua, Carousell ini korang juga
boleh jual barangan kesayangan korang. Haaa..mana tahu ada banyak barangan,
pakaian atau apa sahaja yang korang nak jual, boleh lah jual kat sini. Senang
nak buat duit tau dengan barangan yang kita tak perlukan lagi tu. Proses senang
tak susah pun, daftar sahaja, upload gambar dan mula lah proses jual beli.
Yang
penting hari raya kolin bermakna tahun ini dengan dUCk Scarves idaman kolin di
miliki dengan harga yang sangat berpatutan. Rasanya hampir 5 jenis dUCk Scarves
yang kolin berkenan hahahhaha. So sekarang nak kira bajet lah pulak, ada yang
preloved dan baru yang kolin tengok ini. Korang jangan lupa tau, dapatkan tudung
terkini buat korang dan sesiapa jua yang tersayang di Carousell.
Love,
Kolin
Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you