Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Sandwich Express di Sunway Pyramid



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa suka pergi Sunway Pyramid ??? Kolin dan keluarga memang suka sangat ke sini tau. Sebab banyak outlet, tempat makan dan paling best banyak event kalau kita ke sini waktu cuti. So dapatlah berehat dan berhibur bersama keluarga kan. 

Buat yang nak cepat, suka makan sandwich, sama level dengan MAXIS di tingkat 1 kolin nak cadangkan korang cuba SANDWICH EXPRESS. Ianya kiosk yang kecil, tapi jangan tak tahu kiosk ini mampu menyediakan makanan tengahari yang berkhasiat dan sedap buat seisi keluarga. 

Sandwich Express yang bermula dari  AEON Mall, Klebang Ipoh kini telah membesarkan pasaran mereka tau. So di KLCC Stall 19, Rasa Food Arena, Level 4 dah ada dan yang kolin pergi ini Level 1, Sunway Pyramid. 

Pelbagai jenis yang ada boleh korang cuba. Yang penting bawah RM10 pun ada tau. Memang harganya sangat ekonomi. Pilih lah Crabstick Mayo, Egg Mayo, Veggie Delight, Tuna Mayo, Chicken Mayo, Chicken Slice, Turkey Slice, Roasted Chicken, Club Sandwich atau Beef Streak. Ini antara menu yang ada di kiosk Sandwich Express 
untuk korang semua pilih. 




Disebabkan kolin suka sangat crabstick, kolin cuba yang ini.
Tapi buat korang yang tak nak makan roti, dan betul-betul nak jaga makan, mana lah tahu kan nak kurus. Korang boleh order salad macam ini. Lengkap segala-galanya yang penting oat dan kekacang yang ada bersama sos ini sangat serasi. Sedap sampai tak sedar dah semangkuk kolin makan tau. 


Kalau yang suka lebih kepada daging, boleh order yang ini. Tak tipu roti nya besar sangat dan lembut corraisant mereka kat sini. Dibakar panas, lembut dan sedap. Memang sesuai untuk korang yang mementingkan masa tau. Beli dan terus balik office untuk sambung kerja yang berlambak tu kan. 
So sekarang kolin dah pun share tempat makan baru di Sunway Pyramid bagi korang semua. Jangan lah tak singgah dan cuba. Sebab rugi ler tak merasa menu dari Sandwich Express. Kalau tak sempat ke Sunway Pyramid, sila ke KLCC Level 4 ok. Sana pun ada juga kiosk untuk korang makan.


Yang penting sedap dah murah kan !!! Satu lagi berkhasiat dan sedap. Semua orang akan pilih hidangan macam ini sekarang. So kalau dah rasa jangan lupa share dengan kolin dalam ruangan komen tau. 

Bila dah kenyang, boleh lah balik terus lepas shopping di Sunway Pyramid kan.
Yang penting makanan tu berkhasiat dan anak-anak pun suka. Korang jangan risau ok, kalau ke Sunway Pyramid, nak makan yang simple dan cepat. 
Singgah SANDWICH EXPRESS okay !

Love,

Kolin Zainal

1 comment:

loving me..loving you