Assalammualaikum
dan salam sejahtera
Terima
kasih menjemput kolin ke Laman Kayangan, Shah Alam untuk prebiu buffet Ramadhan
tahun ini yang bertemakan Citarasa Dua
Sempadan. Dengan itu kolin sendiri
tak sabar nak berkongsi dengan korang pelbagai menu yang ada di Laman Kayangan
bagi berbuka puasa tahun ini.
Seperti
tahun sebelumnya Segi Seri yang mengekalkan tradisi dengan menghidangkan
pelbagai juadah dan menepati citarasa tetamu. Tema makanan tahun ini adalah
berkonsepkan hidangan dari dua sempadan negara kita iaitu Utara Malaysia dan
jua dari negara Thailand.Antara
hidangan yang menarik ialah Ayam Kari Hijau Terung Pipit (kaeng kheiywhwan ki),
ikan daun selasih dengan cili (pia bai pakapow), tomyam pok tek, gulai lemak
pisang dengan bilis, laksa kuala pengelih, serta yang paling istimewa murtabak
king segi seri. Sebenarnya ada lebih 100 menu kalau kolin nak cerita memang
panjang berjela lah kan. Masa previu Ramadhan kali ini seperti biasa
harga-harga istimewa jua di tawarkan buat semua tetamu yang hadir. Memang
rezeki lah dapat diskaun istimewa untuk sekeluarga datang berbuka kat sini kan.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Pelancongan Thailand (cawangan Kuala Lumpur) iaitu En. Ahman Md. Adam, di iringi jua Pengarah Urusan Seri Segi Sdn Bhd., Tuan Haji Azhar Bin Haji Bahrain bersama tetamu selebriti jemputan iaitu Fauziah Dato’ Ahmad Daud atau dikenali sebagai kak ogy. Beliau turut hadir bagi sama-sama mempromosikan buffet Ramadhan di Laman Kayangan di samping produk air tangannya sendiri iaitu sambal ikan kurau masin berlado, paru goring nek mon dan sambal goreng Saadiah yang turut dipasrkan dengan kerjasama dengan pihak Seri Segi.
Tempat
pun besar, selesa, sejuk, meja banyak disediakan. Nasihat kolin buatlah
tempahan dahulu. Tempat parking kereta pun luas. Jangan lah korang risau kalau
datang berbuka di sini. Sesuai untuk bawa mak ayah dan jua anak-anak. Tidak
cukup dengan hidangan yang lazat, tetamu yang hadir juga bakal didendangkan
dengan alunan muzik ghazal yang merdu. Kalau nak lebih lagi keterangan jangan
malu, sila hubungi Puan Nana di talian 019-3117443 atau 03-55424200.
Terus call ok, nak menempah pun tekan nombor tu terus.
Terus call ok, nak menempah pun tekan nombor tu terus.
Harga
promosi mereka kalau early bird atau pembelian awal ialah RM45 dewasa dan RM35
kanak-kanak/warga ems yang sah dari 29 Mei 2017 sehingga 7Jun 2017. Manakala
harga biasa bermula 8 Jun – 21 Jun 2017 bagi dewasa RM59 dan RM35 bagi
kanak-kanak dan warga emas. Kalau pakej family pulak Beli 5 dewasa percuma 2
kanak-kanak/warga emas atau beli 9 dewasa percuma 1 dewasa. Best kan. !!!
Masa
ini lah nak berkumpul sekeluarga ataupun nak jumpa dengan kawan-kawan lama
berbuka bersama pun boleh. Jadi korang yang sekitar shah alam dan sewaktu
dengan nya boleh lah consider Laman Kayangan di Seksyen 7 untuk jadi pilihan
berbuka puasa tahun ini. Kolin sudah pasti lah akan ke sini korang, sebab kolin
suka suasana mewah kat sini. Jumpa korang ok !!!
Love,
Kolin
Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you