Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KAK SITI CAFE DI TAMAN MASTIARA, KL

 Assalammualaikum korang. 

Minggu lepas balik kerja dah lewat sangat. Memang dah kelaparan lah, kolin pun suruh semua siap-siap keluar makan aje lah. Maklumlah nak memasak lagi memang tak mampu, penat laa mengadap sesak jalan raya hari-hari. 

Ini pertama kali kolin makan di KAK SITI CAFE. Ianya terletak di dalam Taman Mastiara, Batu 5 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. 

Deretan kedai makan kat sini banyak. Antara yang popular ialah Kerabu Kaki Ayam. So buat lah pilihan, cuma kolin ke kedai yang itu, servis lambat betul. So pergilah kedai sebelah-sebelah. Tak kurang juga sedap hidangan mereka. 

SET TALAM RM50

Kak Siti Cafe ini kolin nak berkongsi sebab rasanya macam murah dan sedap! Boleh datang bawa anak-anak kalau nak bajet.


Kolin makan ni berkongsi dengan suami. Memang kenyang tau. Siap anak-anak tumpang sekaki, padahal mereka semua dah order makanan masing-masing ye. 

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT MAMA

Hey korang....Ulangtahun kelahiran mama kolin pada 18 Februari yang lalu. Syukur Alhamdulillah mama masih sihat dan doakan terus sihat sepanjang usia ya. Sayang cik timah!

Dan disebabkan anak dia ramai, kami adik beradik ni take turn untuk celebrate. Jadi kolin terlewat lah sikit. Kali ini dia teringin nak makan-makan di salah sebuah restoran milik chef terkemuka tanahair iaitu Chef Wan.

Kami ke cawangan yang di TTDI. Cantik juga tempatnya, suka..cantik sangat tempatnya. Dekorasi pun sejuk mata memandang.

KENALI JENIS KAKI ANDA BERSAMA PAKAR DI SUNFEET INTERNATIONAL

Assalammualaikum & Salam Sejahtera 

Buat korang yang tak pernah dengar SUNFEET INTERNATIONAL, ianya adalah pakar Orthotic & Prosthetic bagi yang mengalami masalah kesihatan berpunca dari kaki. Sudah berada di Malaysia lebih kurang 40 tahun dan mempunyai kepakaran dari UK dan USA Certified since 1978. Pusat Rehab ini terletak di Petaling Jaya dan telah berjaya membantu ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan dengan kaki. Memperkenalkan kepada korang Dato' Dr. Edmund Lee, pakar di SUNFEET INTERNATIONAL.

      

Sekiranya korang mengalami flat feet, foot pain (sakit kaki), knee pain (sakit lutut) atau back pain (sakit belakang) yang lama dan tak baik-baik selepas makan ubat dan berjumpa doktor, kolin sarankan datang ke:

SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE

Buka Isnin ke Jumaat 10.00am - 5.30pm
Ground Floor, Wisma Daju 5
No. 21 Jalan Barat
46200 Petaling Jaya, Selangor
(bersebelah Wisma Thriffy, bertentangan dengan PJ Hilton Hotel) 

Call: 0135283939/0139122839
 

Tic Tac Malaysia Menawarkan Hadiah Utama Percutian dan Pelbagai Hadiah Mingguan Menarik Menerusi Pertandingan ‘Rays Of Positivity’

 

Dengan pelonggaran sekatan perjalanan dan banyak negara telah membuka semula sempadan mereka bagi mengalu-alukan pengembara, aktiviti pelancongan kini menjadi semakin rancak hingga ramai yang tidak sabar untuk memulakan percutian mereka. Bagi meraikannya, Tic Tac Malaysia mahu terus memastikan rakyat Malaysia kekal segar dan positif menerusi kempen “Rays of Positivity” anjurannya sambil memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi hadiah percutian, telefon baharu atau berbelanja sakan di Shopee.

Mulai hari ini hingga 25 April, para peserta boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Rays of Positivity’ Tic Tac dengan hanya beberapa langkah mudah dan berpeluang untuk memenangi hadiah seperti baucar perjalanan berjumlah RM10,000 yang menjadi rebutan daripada Trip.com yang boleh digunakan untuk menempah tiket penerbangan, hotel dan banyak lagi. Para peserta turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah mingguan menarik seperti Samsung Z Flip 4 (bernilai RM4,099) dan 25 baucar Shopee yang bernilai RM100 setiap satu. 209 pemenang bakal diumumkan menerusi kempen ini yang berlangsung selama 8 minggu.

 


PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM KEMBALI LAGI DENGAN BUFET RAMADAN BERTEMAKAN CITA RASA MUHIBBAH

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), satu lokasi yang sinonim dan popular dengan majlis bufet ramadan kembali lag dengan tradisi bufet Ramadan bertemakan "Cita Rasa Muhibbah" bermula 25 Mac sehingga 19 April 2023.

Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisional hasil daripada pencampuran budaya pelbagai kaum etnik yang telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Mengambil inspirasi daripada pencampuran budaya dan situasi masyarakat yang majmuk di Malaysia - SACC memilih "Cita Rasa Muhibbah" sebagai tema untuk menu bufet ramadan kali ini, ujar Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohd Yusof bin Mahmud. 


 

TELEKUNG SISTERGOJES EMPIRE KINI DI 13 CAWANGAN AEON MALL

 Assalammualaikum semua

Lebih kurang 24 hari kita bakal bertemu Ramadhan. Sudah tentu kita semua nak buat persiapan awal. Dari segi lauk pauk, kemas rumah awal dan pelbagai lagi. 

Buat kolin sememangnya mementingkan telekung yang selesa untuk tarawih nanti. Bila dapat tahu AEON Mall ada jual telekung lagi lah mudah kerja kolin. Beli barang keperluan, singgah terus.

Pilihan kolin kali ini TELEKUNG SISTERGOJES EMPIRE.