Assalammualaikum korang semua. Untuk sambutan tahun baru 2023 kolin sekeluarga ke Melaka.
Buat yang selalu ke bandar Melaka, apa kata korang tukar angin melepak area Linggi pulak. Mesti korang jarang melepak di kawasan kampung kan. Kolin suka sangat wei, sampai teringin nak cari tanah area sini. Ianya sempadan sahaja antara Negeri Sembilan dan Melaka. Ada satu sungai memisahkan antara 2 negeri ini. Kalau nak ke bandar Melaka dalam sejam juga lah. Tapi kolin memang tak pergi bandar pun, melepak aje kawasan Linggi.
Kali ini kami menginap 3 hari 2 malam di Lagenda Guest House, Kuala Linggi. Korang waze sahaja, memang lawa tempat ini, ala-ala bali! Satu lagi air laut dia bersih tau, sebab memang dalam kawasan kampung.
Ini lah bilik penginapan kolin. Dalam tu ada katil queen dan anak-anak tidur bawah. Ada toilet tau, tv, peti sejuk segalanya lengkap untuk RM150 untuk satu malam. Kalau tanya kolin, selesa!! Kolin suka suasana sempit2 tu (bawa tilam angin, bantal, selimut).Aircond ada, kipas ada, paling best ada beranda tu tempat kami melepak anak beranak.