BIBIR, aset paling penting bagi kolin. Aset ini kalau hitam, kusam, tak menarik, senyum lah macam mana pun memang tak boleh blah. Perkara pertama senyuman kita, so kalau nak senyum kena pastikan korang jaga bibir korang semua secara sihat.
Bibir adalah satu part bahagian muka yang tiada masalah jerawat tau. Tapi kena tahu ianya akan ada masa kering!!! Bila kering memang jenuh lah berkeping-keping aje. Kena singkir kulit mati kawasan bibir. Tapi siapa sahaja yang ada kesedaran kan. Kolin dulu pun tak ada kesedaran yang skrub bibir tu penting. And now, dah ada kesedaran.
Meminati lipmatte atau lipstik yang stay 16 jam sehingga 20 jam kat bibir memang satu bahana. Memang lipmatte ini tahan lama kat bibir, kalau korang makan, minum atau apa sahaja, elok terletak. Tapi buat bibir hitam, lebam dan kusam. Haaaa tak tahu kan.
Buat yang kunun tak mahu pakai lipstik tu, kena skrub juga. Sebab kecantikkan bibir korang akan terserlah pink sihat sebab skrub bibir. Exfoliate atau pengelupasan sangat penting.
Kolin copy paste dari sini TIPS JAGA BIBIR
Tip Mengatasi Kekeringan
Perubahan cuaca, musim serta beberapa tabiat akan sering membuatkan kulit kering, terutamanya pada bahagian bibir. Kini, masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan beberapa tip berikut:
1. Jangan jilat
Anda mungkin selalu membasahkannya dengan air liur dengan harapan ia membantu mengatasi masalah kekeringan yang anda hadapi. Tindakan ini sebaliknya membuatkan ia menjadi lebih kering. Air liur mengandungi asid yang merengsakan. Tambahan pula, menjilatnya secara berterusan boleh menjadikannya lebih kering.
2. Gunakan balsem
Balsem bibir membantu memberikan kelembapan padanya. Selain menggunakannya ketika di luar rumah, anda juga boleh menggunakannya sebelum mencuci muka kerana pencuci muka anda mungkin boleh mengeringkannya.
3. Minum banyak air
Salah satu sebab bibir kering adalah kurang air. Hidratkan badan anda dengan mengambil air sebanyak yang boleh. Tapi jangan banyakkan ambil air kopi yang mengandungi kafein. Ia hanya akan membuatkan badan anda hilang lebih banyak air kerana kerap ke tandas untuk membuang air kecil.
4. Gunakan minyak badam
Anda boleh sama ada menggunakan minyak badam secara langsung atau menggunakan balsem bibir yang mengandungi minyak badam.
5. Pengelupasan (exfoliate) atau GUNA LIP SKRUB
Ada di antara kita yang tidak mengamalkan tabiat ini tetapi bibir harus menjalani pengelupasan sekali seminggu. Sama ada anda menggunakan produk pengelupasan yang dijual di kedai atau buatan sendiri, kedua-duanya adalah boleh. Kulit pada bahagian ini sama seperti kulit pada wajah, pengelupasan kulit membantu menyingkirkan sel kulit yang mati serta menjadikan ia lembut, licin dan layak dicium.
6. Penggunaan gincu matte
Gincu matte memang menawan dan menakjubkan, sudah tentu ramai individu wanita selalu menggunakannya pada majlis khas. Walau bagaimanapun, gincu matte boleh menjadi sangat mengeringkan (yang membantu gincu ini kekal lama). Jadi bagaimana untuk melindunginya semasa menggunakan gincu matte kegemaran anda? Sekali lagi, penggunaan balsem adalah amat disyorkan. Sebelum mengenakan gincu matte, anda harus menggunakan balsem terlebih dahulu untuk melindungi bibir anda daripada bahan kimia.
7 . Jumpa doktor
Jika semuanya tidak mendatangkan hasil, anda mungkin mengalami keadaan kesihatan tertentu seperti alahan. Anda perlu dapatkan bantuan perubatan daripada doktor.
GUNA LIP SKRUB YANG BEBAS KIMIA
Untuk korang yang tak pernah try nak skrub bibir, boleh lah ke laman instagram BIBIR LAWA LIP SKRUB Mengunakan semua bahan semulajadi dan organik dan sudah tentu murah.
Boleh juga beli kat apps shoppe, search sahaja bibir lawa beli dari situ ya.
semoga perkongsian ini bermanafaat buat semua dan kita mula menjaga bibir kita aset penting ni ya.
take care semua..terima kasih baca entri ini.
Terima kasih untuk perkongsian yang cukup bermanfaat nie. Meh laa kita jaga kesihatan dan kecantikan bibir :))
ReplyDeleteThanks untuk semua tips ni. duduk rumah minum air masak. sejak covid ni lansung tak pakai lipstick dah. huhu
ReplyDelete