Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

HIDANGAN LAUK PAUK DI HUJUNG MINGGU

Kalau hujung minggu memang kolin kerap masak lah, hari bekerja biasa makan apa yang dibungkus atau biasa kolin tak makan dinner. Maklumlah dah naik berat ni, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul hahaha. Plus ali imran pulak balik dari asrama. Memang pulun masak. 

Hidangan pertama butter salted egg ketam. Simple aje, guna perencah salted egg tepung bestari. Kemudian masak tumis air sawi dan bayam. Campur dedua sebab nak perhabis sayur dalam peti ais tu. Kemudian kolin goreng ikan termenung dan tumbuk sambal belacan. 

Bila dah siap masak semua, inilah dia hidangan lauk pauk di hujung minggu rumah kami sekeluarga. 

Dan sambal ikan tu saja kolin buat wei. Dah sekali masak, kita join lah contest Maggi Malaysia. Beli aje pes sambal tumis dia tu. Masak apa sahaja hidangan, upload di IG masing-masing ikut hashtag yang diberikan. 

Buat korang yang suka masak, join lah contest tu, mana tau menang kan. Suka join, dari membazir update bukan-bukan kat laman socmed tu baik join peraduan. Sebenarnya banyak peraduan di IG dan FB tau korang. Be positive and happy! Jangan layan gosip aje, rugi hidup. 

 

CONTEST MAGGI MALAYSIA

Inilah dia gambar yang kolin dah upload untuk masuk contest. Sampai 20 Oktober gais. So sempat lagi lah kalau sesiapa yang join juga. Jangan lupa buka IG mereka dan follow. Ada lagi yang kolin plan nak join. Tapi tunggu masak hujung minggu baru kita upload. 

Hari kerja memang tak memasak heheh. Kadang rindu time PKP yang selalu kita masak untuk sekeluarga kan. 

Nak pesan, tak ada urusan jangan keluar rumah. Mohon jangan bawak anak-anak dan orang tua berjalan. Kita duduk rumah balik okay. Kalau bukan kita, siapa lagi nak sekat penularan Covid ni. 

Semoga semua dilindungi dan dibawah redha rahmat Allah SWT ya. 

 

babai korang  



 

4 comments:

  1. Lauk simple macam ni sedap sangat..boleh makan bertambah kan

    ReplyDelete
  2. Wahhhh sedapnya mum masak weekn... Kita pulak weekn selalu jjcm sebab time weekdays meja masak ja sbb wahm kan😬

    ReplyDelete
  3. kak ana pun suka pula guna maggi sambal tumis tu sedap kan, wah wah cik kolin sedang diet rupanya :)

    ReplyDelete
  4. Lauk simple pun sodap. yang penting sambal tu. Semoga ada rezeki akak join contest. mood masak kita kejap ada kejap xde ni.huhu

    ReplyDelete

loving me..loving you