Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

ODEN DI FAMILY MART SEDAP, BUAT SENDIRI KAT RUMAH PUN SEDAP JUGA

Hey peminat oden..kita memang geng. Dulu masa memula kenal oden di family mart kerap tau pergi beli. Disebabkan buka 24 jam, jam 2 pagi pun pergi tapau, punya lah craving. 

Tapi lelama, kopak juga sebab harga agak mahal. Kalau satu family 4 orang belanja besar dan satu lagi tak boleh top up makan. Ramai juga dah jual pes oden online, tapi kolin belum pernah try lagi. Nanti nak cuba satu yang viral tu. Tapi sebelum tu, kita cipta sendiri oden di rumah. Cerita nya dari lunch sampai ke dinner kami sekeluarga ber oden atau stimbot.



PES UNTUK KUAH ODEN KAT RUMAH:

2 paket tomyam pes adabi

2 paket asam pedas pes adabi

2 kiub ayam

1 sudu gula

Itu sahaja yang digunakan. Letak air secukupnya, masuk semua pes dan biarkan mendidih. Wangi memang semerbak. Bahan pun beli yang simple sahaja. Banyak kepada bahan segar, kalau bebola tu kan proses food. Ada juga, tapi saja tambah daging, ayam, sotong dan udang. Sayur lebihkan tau, memang sedap sangat.




Lebih baik kalau kat rumah nak bagi kenyang beli mee oden tu. Ada dijual di 99 speedmart harga RM1.50 sahaja. Sebabnya kalau tak karang tak kenyang. So sambil ber oden atau stimbot tu kena ada 1 bahan yang mengenyangkan.





SEDAP LAGI BUAT SENDIRI

bab tu terpulang lah kepada selera memasing. Tapi seronok lah sekali sekala duk berkumpul makan macam ni. Kalau selalu jenuh juga.

Pada yang malas, boleh lah beli pes siap tu, viral dah pun. Mana yang nak explore cipta kuah oden sendiri, boleh try macam kolin

Sesapa malas tuuuu, pi aje beli kat family mart okay :)

2 comments:

  1. Ramai dh wat oden kt umh.. Lebih meriah kn.. Mcm2 ado

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Kolin.. Kak Sue pun macam ketagih juga Oden Family Mart tu tapi harga yang tak tahan tu. Nanti nak buat sendiri jugak lah macam nie, tq for sharing..

    ReplyDelete

loving me..loving you