Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

IKAN SIAKAP GORENG

Halo korang semua! Dah isnin kan, dan kali ini kolin nak share pasal hidangan sepanjang weekend. 

Buat pegetahuan korang, minggu lepas kolin ke AEON Big kawasan rumah. Sebab ada promo ikan siakap RM9 sahaja sekor. Boleh terus bersihkan wei, tapi tak lah fresh semuanya sejuk beku. Tapi pasal takut ke pasar, kolin memilih ke situ aje. Kurang orang dan lagi tersusun. Beli ayam, beli ikan dan sedikit sayur serta buah. Maklumlah 2 minggu kan anak-anak duduk rumah, memang asyik lapar aje.

So hidangan pertama, 2 ekor ikan siakap kolin bedakkan dengan kunyit dan garam, terus goreng garing. Kemudian kolin goreng cili besar, bawang merah, bawang putih dan tomato. Bila goreng tu letak gula dan garam sesiap ler, abis goreng patut tumbuk. Tapi malas lah pulakk. Penyudah di blender semua hahaha. Tapi tetap sedap bila ikan siakap garing cicah cili tu. Macam IKAN SIAKAP PENYET lah jadinya. 


Dan menu paling senang tomyam. Bahan cuma cendawan dan tomato, selain cili, bawang, daun limau purut dan pes tomyam siam. 

Musim pkpb ni memang kolin kalau ada kat rumah memilih untuk duk diam dan masak aje. Macam takut nak tapau, kadang ada juga beli kat kedai area rumah tu. 

Ahad pula, masakan simple aje. Kentang sambal petai dan ayam butter salted egg. Ni jenis dry, kolin tak letak susu. Kalau korang letak susu, berkrim dan kuning warnanya. Yang penting semua hidangan habisss....



Nak resipi?! alaaa tak payah hahahah. Malu nak share setakat masak simple macam ini. 

Akhir kata, korang jaga diri okay. Jangan jejak kaki korang kat mana-mana mall. Duduk rumah dan jangan lah keluar rumah kalau tiada tujuan okay. 

Minggu ni kolin kerja 3x di pejabat dan 2x WFH. Semoga dengan usaha ini dapat mengurangkan kadar orang di luar kan. So khamis nanti kita masak lagi!!! Babai korang :)

3 comments:

  1. wah murah tu siakap rm9...vkend aritu beli gk siakap...xsilap rm13...mmg fresh slalunya kt St Rosyam mart

    ReplyDelete
  2. kentang sambal petai tu pun dah sodap dah!! mau bertambah nasi bertambah jugak berat badan..eh!!

    ReplyDelete
  3. Senang masak simple simple je. Janji kenyang perut terisi gitu.

    ReplyDelete

loving me..loving you