Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Hospital Pantai Kuala Lumpur sumbang RM60,000 untuk kanser payudara

Dana untuk menyediakan payudara tiruan dan baju dalam khas untuk 

golongan kurang bernasib baik.



KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2020 - Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) menerusi 

inisiatif tahunan kanser payudaranya, Kempen Wear It Pink menyumbang RM60,000 

kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Kebajikan Kanser 

Payudara Malaysia. Sejak dilancarkan pada tahun 2006, kempen tersebut telah memainkan 

peranan besar dengan menyokong pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran umum 

dan mengumpul dana untuk kanser payudara termasuklah Pink October Walk, Sidang 

Kesihatan, Program Kebajikan Minum Petang dan lain-lain. 



“Pada masa sekarang dengan penularan wabak COVID-19, kita perlu memberi perhatian 

yang lebih kepada pejuang kanser kita. Pesakit kanser mempunyai sistem pertahanan 

badan yang rendah berikutan rawatan yang diterima dalam usaha untuk mengawal sel 

kanser tersebut. Kami perlu memastikan pesakit kanser tersebut masih boleh datang ke 

Pusat Penjagaan Payudara untuk mendapatkan rawatan dan bantuan,” kata Erica Lam, 

Ketua Pegawai Eksekutif, PHKL. “Sumbangan ini boleh memberikan impak positif dalam 

kehidupan pejuang kanser tersebut dan kami di PHKL berikrar terus memainkan peranan 

aktif untuk membantu mereka sebaik mungkin”. 

Dr. Saladina


Bagi Edisi 2020 Kempen Wear It Pink, PHKL telah menjual lebih daripada 1,500 kotak 

pelitup muka edisi khas berwarna merah jambu untuk mengumpul sumbangan. “Kami mahu 

selepas pejuang kanser ini menjalani pembedahan payudara, mereka masih berasa kembali 

pada sedia kala. Seolah-olah tiada apa-apa yang berubah pada tubuh mereka seperti 

sebelum dibedah. Kami berharap baju dalam khas dan payudara tiruan ini dapat membantu 

proses pemulihan mereka. Kami amat berterima kasih kepada PHKL dan orang awam yang 

banyak menyumbang untuk tujuan ini,” kata Dr. Saladina Jaszle Jasmin, Perunding 

Pembedahan Payudara dan Endokrin, PHKL yang juga merupakan pengerusi kempen 

kanser payudara di hospital tersebut tahun ini. 

Bercerita lebih lanjut tentang kanser payudara, Lam mengucapkan tahniah kepada pasukan 

penyelidikan klinikal PHKL yang diketuai oleh Dr. Mastura Md. Yusof atas kejayaan mereka 

menjalankan ujian imunoterapi ke atas Kanser Payudara Negatif  Tiga Negative (Triple 

Negative Breast Cancer atau TNBC). TNBC metastatik adalah jenis kanser paling agresif 

yang mengakibatkan kadar kematian tinggi dalam kalangan pesakit muda. Pasukan 

penyelidikan Dr. Mastua merupakan antara pasukan dari 29 buah negara yang menilai 

keberkesanan dan keselamatan ubat imunoterapi yang dipanggil pembrolizumab. Ubat ini 

digabungkan dengan salah satu daripada tiga jenis kemoterapi lazim yang digunakan untuk merawat TNBC berulang, tidak boleh dibedah atau metastatik yang tidak dapat 

disembuhkan menggunakan kemoterapi dalam suasana metastatik. 

Manuskrip lengkap yang memperincikan keputusan positif daripada penyelidikan 

KEYNOTE-355 tersebut akan diterbitkan dalam jurnal Lancet, iaitu salah satu daripada 

jurnal perubatan yang terkemuka tidak lama lagi. 

Sepanjang bulan Oktober Merah Jambu, PHKL akan diterangi lampu berwarna merah jambu 

yang boleh dilihat dari luar premis untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia 

mendapatkan ujian saringan kesihatan payudara untuk pengesanan awal. Pakej istimewa 

ultra bunyi dan mamogram juga ditawarkan hingga bulan Disember 2020.

2 comments:

  1. Wahh..kempen nie dah wujud sejak tahun 2006 lagi.Semoga usaha murni tersebut berterusan sampai bila-bila kerana ia seakan membawa sinar baru buat pejuang kanser

    ReplyDelete
  2. Wah bagus ada kempen macam nie kan.. nice sharing Kolin..

    ReplyDelete

loving me..loving you