Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SUKA MINUM AIR DETOKS LEMON? NAHHH BACA SINI...

 Assalammualaikum semua! teruja nak detoks kita selalu ambil air lemon kan.Perah lemon dalam air dan minummmmm..minum sampai kembong. Mengata orang, aku pun sama hahahha. Kolin pun sejenis suka benar minum air lemon untuk detox tau. Sekali terbaca pulak yang ini, terus serammm


 

MINUM AIR LEMON BERLEBIHAN

Nahhh...fakta kalau selalu minum air detox lemon berlebihan:

1.  MENGHAKIS GIGI

terlalu banyak mengambil makanan atau minuman berasid seperti lemon akan menyebabkan gigi turut kerap diselaputi asid dan seterusnya menghakis gigi kita. 


2. PEDIH ULU HATI  

Minum air lemon mencetuskan pedih ulu hati. Ianya akan lebih serius kalau kita pernah kena pulak.Pedih ulu hati akan membuatkan rasa panas dan pedih dibahagian dada. 

 

3. KERAP BUANG AIR DAN DEHIDRASI

Nutriennya bersifat diuretik bermakna ianya meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang untuk membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan cepat. Sekiranya ada dehidrasi macam mulut kering, haus, pening kepala atau mengantuk sila kurangkan pengambilan lemon. 

Okay kepada semua kaki suka minum air lemon macam kolin! Please kurangkan dan berhati-hati ye. Jangan mudarat diri..

Jaga diri semua :)      


2 comments:

  1. aahh.. sis pun sukeee minum air lemon tapi dengan kadar yang sepatutnya. Kalau berlebihan, tu yang bahaya. Jangan cari penyakit!!

    ReplyDelete
  2. Halamakkkk..terus seram kita baca. Okay okay baik, pasni kita kurangkan minum air dengan lemon. Sehari sekali okay kot kan.

    ReplyDelete

loving me..loving you