Heyyyy..yang ini bakal mengugat jiwa raga. Pertama kali order memang dah impresed wei.Set ikan siakap dengan 3 jenis kuah gaiss..harga nya lebih kurang RM25 tapi serius berbaloi giler!
Bekas memang besar wei.Ikutkan set ni untuk makan berdua. Tapi tamak punya pasal kolin makan sorang aje. Nasi memang tak habis, tapi ikan ratah habis hahaha. Sambal hijau dia sedap, sambal ikan masin tumis cili api dia sedap, kuah masak lemak dia terbaik giler. Lupa ada timun dan kerabu mangga juga. Tak tau la kenapa rasa macam murah betul.
Nak order kat shah aje. Kolin rasa tak ada kedai ni, beroperasi dari rumah sahaja. Kalau korang duduk area Shah Alam boleh la order. Hanya dalam food panda tau, grab tak ada! Semoga penjual hidangan yang dikenali Sado Lado ini terus sukses. Nombor telefon dia ada kat bekas gambar 1st kolin upload. Korang mungkin boleh call terus tuk tempahan. Memang tak akan menyesal...sedap teruk gaissss..
Thank you for reading this :)
Berbaloi tu kalau kena dengan portion dan sedapnya tu. Ikan siakap tu kan. Mana nak dapat yang murah murah. Kerabu mangga ada sekali memang sodap lah cerita dia kan.
ReplyDeletemalangnya dia tak jual dah set tuuuu
Delete