Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KENAPA KITA SEMUA KENA PAKAI KRIM PELINDUNG MATAHARI ATAU SUNSCREEN

Assalammualaikum semua

Jujur kolin cakap ni...kolin mula ada kesedaran tahun 2020. Lepas pakai baru perasan kulit muka makin elok. Pori pori muka pun makin mengecil. Muka lagi lah naik glow. Rupanya silap kolin tak pakai sunscreen. Rugi!


Ini yang kolin pernah pakai setakat ni. Jenama guardian memang tak mengecewakan. Senang aje nak amalkan korang, buh dalam beg. Masa pagi nak pergi kerja, panaskan enjin kereta kan, terus sapu sunscreen sesiap. Sebelum pakai make up. Sama juga lepas zuhur, sapu dulu baru mekap balik. Korang akan perasan jerawat mula kurang, dark spot pudar. Pepori mengecil dan mula tambah glow.

Yang face republic tu best juga tau. Effect muka macam mirror skin laaa lepas sapu. Yang itu selalu kalau duduk rumah atau nak berjalan kolin pakai. Sebab yang tu tinggal kat meja solek. Jadi kalau tak kerja, lepas subuh tu sapu terus. Simple aje wei, dah 3 bulan kolin amal memang best jaga muka dengan sunscreen ni.

Kolin bukan pakar, tapi kalau korang search memang 100% pakar dermatologist suruh pakai spf kat muka. Boleh kontrol kedut dan tak la muka tu cepat tua. Tak nak mekap tak mengapa, tapi pastikan korang pakai spf tu. Penting sangat...sebab boleh avoid kanser kulit juga.

KENAPA PERLU PAKAI SUNSCREEN?

Sumber Hijabnista

1. Elak kulit nampak kusam, tak bermaya, gelap atau pun burn
2. Elak kulit berkedut dan cepat nampak tua.
3. Elak ada pigmentasi/jeragat – Kebanyakan punca utama jeragat, sebab tak pakai sunscreen.
4. Mencegah daripada penyakit kanser kulit.

Tidak perlu pakai sunscreen pada waktu malam. Jika di rumah, perlu tak pakai sunscreen?Mesti ramai yang tertanya-tanya.

1. Tak perlu pakai sunscreen kalau duduk di rumah yang tak buka langsung pintu dan tingkap, ataupun bangunan yang tak masuk cahaya matahari langsung. Kiranya langsir pun tak buka, bergelap gelita dan harapkan lampu sahaja daripada pagi sampai malam. Cahaya matahari pun tak nampak. Jadi tak perlu pakai sunscreen pun tak apa sebab kulit tak kena cahaya matahari langsung.

2. Perlu pakai sunscreen kalau duduk di rumah tapi buka tingkap, cahaya matahari masuk dan tingkap tak ada perlindungan daripada UV. Kalau tak nak pakai sunscreen, moisturizer with SPF15-30 should be enough.

3. Perlu pakai sunscreen kalau di duduk rumah, tapi keluar sekejap-sekejap untuk jemur kain, abang pos laju datang hantar barang ke ataupun keluar siram pokok. Bila keluar rumah walaupun sekejap, kulit kita terdedah dengan matahari. Jadi, kita perlulah pakai sunscreen. Untuk daily use, SPF30 should be enough tapi make sure pakai yang secukupnya.

Kesimpulannya, lebih elok pakai sunscreen untuk melindungi kulit daripada selaan cahaya matahari. Oleskan sunscreen setiap dua jam, terutama jika memiliki kulit sensitif.

So korang jadikan tips ni amalan harian ye. Yang dah masuk 4 series macam kolin ni kena pakai. Yang muda kalau belum mula, kena pakai. Rugi tak mula dari awal, rugi sangat.

Esok pagi sebelum pi kerja jangan lupa oles sunscreen okay..take care gais

3 comments:

  1. perkongsian yang berguna. Masih ramai sebenarnya yang mengabaikan dan mungkin juga masih tak tahu kepentingan menggunakan sunscreen nie

    ReplyDelete
  2. Kak Sue pun baru sedar juga kena pakai nie semua sebelum keluar, kalau tak habis kulit muka kita. Nanti nak cuba juga lah yang Kolin pakai nie..

    ReplyDelete
  3. yes, kita pun pakai sunscreen dulu sebelum tepek foundation.

    ReplyDelete

loving me..loving you