Assalammualaikum semua! Lama tak tak buat 'food review' tau. Jemputan pun dah kurang selepas pandemik ni kan. Tapi tak apa, rezeki tetap ada Insha Allah. So kali ini kolin buat review ikhlas mengenai SALMON CRUMBSO yang diusahaniagakan oleh Cik B anak usahawan kosmetik terkenal iaitu Dato Seri Vida. Selama ini selalu tengok dia selalu share dekat IG sahaja. Bila dapat tahu dia ada buka satu cawangan di sebelah KFC di Pertama Complex, Kuala Lumpur tu, terus kami pergi. Teringin juga nak rasa.
Masa sampai tu, memang lenggang lah. Memang PKPP orang ramai elak keluar rumah kan. Harga satu RM15. Agak besar juga lah, kolin beli dua sahaja. Kami berkongsi. Total semua RM30 as per bill.
Sebenarnya tak pernah makan crumbso lain, salmon pun tak pernah makan yang skin crispy tu. So tak tau nak kata sedap ker tak sedap. Pada kolin, nak cuba sekali jer. Jadilah dah pernah beli dan rasa. Jangan orang kata tak pernah merasa kan.
Cuma suka pada bungkusan yang disediakan. Bekas crumbso tu pun best, sebab ada ruang untuk kita tarik crumbso ke atas lepas makan. So tak lah cucuk lidi tu bahaya kan. Korang faham tak apa kolin maksudkan hahaha. Kira kotak bungkusan dia premium lah. Kalau tak faham, pergi beli okay. Support Cik B...
Jangan lupa singgah kalau sini kalau ke KL sebelah sogo aje. Ikhlas review, kolin tak pernah rasa yang lain. So korang kena lah pergi beli dan rasa sendiri ya.
Terima kasih baca entri ini :)
kan Kolin rindu nak pii food review hehe, ni kalau anak2 kak ana nampak ni nak le deme beli :)
ReplyDelete