Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MH17: Mencari Kebenaran

Bekas pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine berkongsi hasil siasatan persendirian beliau dalam satu dokumentari merungkai misteri ini.

Pasti korang masih teringat peristiwa menyayat hati MH17 yang telah ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 dulu. Peristiwa yang meruntun hati semua rakyat Malaysia ini mendapat liputan luas dan menjadi tajuk utama di kebanyakkan Negara. Malahan penerbangan yang dijadualkan mendarat di Kuala Lumpur tidak berlaku seperti yang dijadualkan kerana takdir sudah tertulis kesemua mereka terkorban dalam nahas tersebut.


Gambar sebenar di tempat kejadian yang telah meruntun perasaan satu dunia


Bekas Pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU) dan Ketua Pusat Siasatan Vasily Przorov “Ukrleaks” telah mengumumkan penerbitan dokumentari berjudul MH17: Mencari Kebenaran yang memfokuskan tragedi ini. Atas semua peristiwa yang berlaku Pihak Berkuasa Ukraine telah meletakkan tuduhan kepada kumpulan pemberontak Pro-Rusia di Wilayah Donbass, Ukraine atas tragedi tersebut. Namun ada orang lain yang membuat siasatan sendiri termasuklah Tuan Vasily Prozorov sendiri. Teori lain ini yang menarik perhatian kita semua, bagi  mengetahui siapakah dalang sebenarnya di sebalik kejadian yang mengemparkan satu dunia pada masa itu.

Tuan Vasily Przorov yang telah berkhidmat besama SBU selama 15 tahun, menyedari pelbagai kelemahan dalam kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak Kiev. Dalam masa itu, beliau sendiri telah melakukan siasatan sendiri bagi mencari maklumat yang tidak dinyatakan dalam laporan dan kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan sebelum ini. Beliau bersama beberapa sukarelawan telah bersama mengeluarkan wang mereka sendiri bagi memastikan projek siasatan mereka yang telah makan masa 5 bulan dapat dijalankan dengan sukses.


Vasily Prozorov – Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov- UkrLeaks


Buat pengetahuan korang, banyak sangat persoalan yang bermain di fikiran semua. Misteri terlalu banyak untuk dirungkaikan dan difahami satu persatu.

1. Siapa dalang sebenar yang menembak pesawat malang tersebut? Siapa saja yang mendapat faedah atau manfaat kalau pesawat ini ditembak?

2. Siapa dan mengapa mereka memutuskan untuk mengecualikan pihak kerajaan Malaysia daripada siasatan?

3. Kenapa pula Kiev tidak menutup ruang udara di atas zon konflik?

4. Apa yang berlaku terhadap kakitangan penghantar yang terlibat sejurus selepas siasatan? Siapa pula yang mengaku sebagai pegawai khas British?

Beliau percaya semua persoalan ini akan membuka mata masyarakat melalui dokumentari yang telah dihasilkan. Malahan Prozorov juga mendapat hak ekslusif maklumat orang yang dipercayai malahan merupakan saksi tidak langsung bagi tragedi tersebut. Sepanjang siasatan yang dilakukan oleh beliau, banyak laporan dalam yang telah dikaji malahan temuramah banyak saksi. Dokumentari ini turut mengandungi prespektif beliau sepanjang perkhidmatan bersama SBU.


Para petugas membantu mencari mangsa nahas dan mengumpul bukti tempat tragedi MH17

Dokumentari yang berdurasi kira-kira 38 minit ini, dibahagikan kepada dua bahagian dengan analisa beliau berkaitan laporan rasmi yang telah dikeluarkan bersama kompilasi kenyataan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa dan juga pasukan penyiasat bersama. Bahagian kedua pula, beliau berkongsi dan mengutarakan hujahnya untuk mendesak kita semua membuat kesimpulan berkaitan tragedi malang ini.

Ianya boleh ditonton secara percuma di laman sesawang dan platform youtube bersama sarikata dalam Bahasa Melayu, Jerman, Perancis dan Sepanyol. Buat pengetahuan korang, dokumentari ini telah pun ditonton lebih 2 juta penonton. Jadi Kolin rasa, kita yang sama terlibat dan berdukacita atas tragedi malang ini perlu tonton bersama. Mana tahu dengan segala kesimpulan yang telah dilakukan oleh Tuan Vasily Prozorov boleh membuat kita berfikir mengenai perkara ini.

Klik sini untuk tontonan terus https://www.youtube.com/watch?v=gVMbCTWRcSs

 

 

 


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you