Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SELAMAT HARI BAPA BUAT SEMUA !

harap belum terlambat nak ucapkan HAPPY FATHER'S DAY kat semua yang baca blog kolin ni.

Tak kisah lah korang kalau anak-anak panggil ayah, papa, daddy, abah, walid atau abi ker..selamat hari bapa korang!! Macam biasa kolin memang suka meraikan...dari anak-anak kecil kolin memang ajar meraikan apa sahaja. Dan baru-baru ini sambutan hari bapa time PKPP kami hanya dinner kat luar aje lah. Cukup meriah dah.


Jadi pilihan kami kali ni ialah Tony Romas lah. Kami ke Melawati Mall sebab tempat tu banyak kedai dan seronok sikit nak jalan-jalan. Lagipun suami memang peminat daging, so korang kalau nak betul merasa pergi Tony Romas tu rib set baru RM88 tak silap kolin. Masa tu ada promosi dan dapat satu set chicken free. So satu harga dapat 2 hidangan. Jimat kan!! Dan paling penting, daging tu sudah tentu lembut dan premium, value nak makan tu best.



Enjoy sangat lah bila lama tak makan luar kan. Semoga papa kami terus sihat dan dimurahkan rezeki.


Buat Almarhum Abah, Syed Zainal Bin Syed Ali dan Almarhum Ayah Mertua, Saud Bin Jusoh semoga keduanya di letakkan di kalangan orang beriman. Al-fatihah (dibaca). Ameenn...

Terima kasih membaca entri ini :)





1 comment:

  1. hehehehe...amboiii sakan betul celebrate. Happy Father's Day sumee!

    ReplyDelete

loving me..loving you