Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SELONGKAR TEKNIK - "TRICK" SIMPAN DUIT DAN "CHALLENGE" SIMPAN DUIT

Heiii bab shopping suka kan. Kalau bab menyimpan pun kena suka tau. Kolin adalah sejenis manusia suka selongkar tips-tips. Dan kalau yang terbaru, teknik menyimpan duit.

Kalau dapat tips memana sure kolin akan ambil dan share dalam blog sendiri. Blog ini bukan untuk korang aje baca tau, untuk peringatan pada kolin juga. Ye lah, when you go for branded thing, berapa lama sangat pun! Sampai satu tahap dah bosan. Maklumlah kita makan gaji,mungkin kalau kita bisnes juta-juta seronok lah kut shopping kan.

Okay back to topik teknik 'trick' dan 'challenge' simpan duit. Kredit pada tuan punya gambar di bawah tu okay. Korang boleh tengok kat imej tu ada nama FB dan IG dia. Bagus giler...dia sampaikan ilmu untuk kita belajar menyimpan duit. Harap selepas pandemik Covid ini semua kita ni orang melayu, belajar menyimpan. Tak tahu apa bakal berlaku kan. Oh satu lagi, duit morotarium, tak perlu bayar rumah, kereta dan loan peribadi tu...sila simpan atau tukar kepada barang kemas okay! Please do that! Aset tu emas, sekurang-kurangnya masa susah nanti boleh korang masuk ar-rahnu, tak perlu meminjam sana sini.

MONEY SAVING TRICK

52 minggu sahaja weii..besamaan dengan setahun! Mulakan dengan jumlah yang sikit pun tak apa.


dan hasilnya dalam setahun dapat juga kita menyimpan seribu lebih. Daripada sebelum ini 0 saving kan. So mulakan okay. Belum terlambat, julai mula wei..sehari RM1 pun okay apa!


yang ini gandaan RM5. Jumlah kian meningkat mengikut minggu. Dan setahun dapat enam ribu lebih. Haa..menarik juga kan. Kena kental dan kalau rasa susah sangat, beli aje lah barang kemas hahahahah. Memang masa gadai atau jual susut nilai. Tapi still tak perlu meminjam dan barang kemas tu aset mutlak kita.

Terpulang cara memasing, tapi kolin memang dah mula jatuh cinta trick dan challlenge menyimpan duit ini.

Mula ya korang, sapa yang belum, target end 2020 korang ada 1k simpanan okay. Terima kasih baca blog kolin!!

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you