Haii korang, assalammualaikum. Selama ini memang kolin sekeluarga suka sangat dengan kucing. Tapi tak pernah membela pun, selalu bagi makan dekat 'stray cat' sahaja. Maklumlah rumah kami flat dan susah nak bela sebab selalu travel kan. Mana pula nak letak kucing tu nanti. Nak dijadikan cerita, ada seekor anak kucing duk luar rumah asyik meow meow. Nak hantar ke bawah taman, naik kesian pulak. End up kolin bela!! hahahah Bela kucing laa kita sekeluarga.
Memula ingat betina...kami panggil dia CANTIK..
Bila dah besar sikit baru perasan dia jantan laa...huu sudah! Tetap panggil dia cantik hahaha..biar laa..bukan dia faham pun kan. Kolin bela dia dari baby minum susu, dan rasanya umur dia dalam 6 bulan. Tak pernah buat perangai berak kencing merata-rata. Semua dalam kandang dia dan terus dibersihkan. Makan pula atas nasihat kawan-kawan bagi dia Royal Canin. Haa..memang gebu tidak dinafikan hahahaha...Gemuk!! Orang ingat dia bunting, tapi dia jantan ler...memang boroi haha
Semoga Cantik terus sihat duduk dengan keluarga kami. Kucing kampung aje, satu hari nanti mesti dia pergi berjalan-jalan. Cuma harap dia jaga diri dan tahu jalan nak balik rumah aje lah. Buat masa ini lepaskan bermain di luar tapi mesti cari dia lepas tu. Tak pernah pergi jauh-jauh lagi, masih di kawasan boleh kami cari lagi.
Doakan Cantik sihat okay..Tak pernah bawa dia ke klinik lagi pun. Setakat ni ubat kutu, makan dan pasir memang sedia buat dah. Klinik tu masih belum lagi. Kepada sesiapa yang tahu klinik yang murah area KL nak bawa Cantik, komen bawah okay.
Doakan kami sekeluarga terus sihat bersama si Cantik yang gumuk tu. Dah ada anak bulus sekor dalam rumah, seronok juga sebab dia tak reti diam. Kalau bab minta makan memang No. 1 hahaha. Nah..ini lah dia anak bulus kolin. Shomel kan :)
Wah dah ada geng baru ya.. semoga terus sihat ya Cantik..
ReplyDeleteSemoga Cantik sihat.. Rindu nak main dengan anak kucing. Dekat rumah mak mertua tak ada kucing
ReplyDeletecantik la si cantik ni... suka tengok si cantik sebab cantik.. hehe
ReplyDeleteSis x leh bela kucing sebab mak dialysis kat rumah..hygiene kena jaga betul2 takut ada jangkitan kuman nanti..suka kucing tapi takut kucing..acaner tu
ReplyDelete