Nahhh..siapa yang tak makan petai tu rugi! Kenapa rugi sebab petai memang berkhasiat. Bau memang lah, tapi sehari dua sahaja. Satu lagi, kalau ke tandas lepas 'bisnes' pam la terus, spray perfume hahahaha. Petai mahal tau sekarang. Kalau korang perasan, mula musim durian, mesti ada petai. So memang berlambak kat pasaran lah sekarang. Kadang orang jual 5 papan RM10, ada juga murah, tengok pada mata petai. Haa ni ilmu tau, mata petai lagi besar lagi sedap untuk kolin. Tapi kolin tak reti makan mentah, mesti masuk dalam sambal baru makan. Rasa pahit tu, tak lah pahit mana. Lepas makan korang makan lah gegula. Alah, nak awet muda, nak sihat, makan PETAI!!!!
Bukan sesuka tau nak kata petai tu bagus, ini hakikat. Tengok sendiri poster ini.
- Bau petai tidak mendatangkan mudarat! Malahan banyak khasiat.
-Tinggi vitamin C dan meningkatkan imun badan dan antioksida (ini awet muda okay)
- Tinggi Kalium, mengawal kesimbangan air badan dan juga fungsi jantung.
- Kalsium, bagus untuk pembentukan tulang dan gigi.(Kan org dedulu makan petai, semua tak reput sakit lutut macam orang sekarang tau.)
-Vitamin A, bagus untuk MATA, JANTUNG dan KULIT. Nikmat apa yang nak di dustakan :)
Disebabkan itu, rumah kolin stok petai memang sentiasa ada. Selalu beli papan tu. Tapi tak menahan kadang ada ulat. Jadi kolin beli terus yang dah siap kopek. Selalu petai siam, besar-besar mata. Siap sepaket dalam 200 gram RM11.00 lah. Sama aje, beli 3 papan ker 4 papan RM10. Ini dah cantik, siap kopek.
ayam sambal petai
ikan nyoknyok bakar petai
Lepas ni jangan lupa cuba makan petai. Cuba aje, bagus untuk kesihatan luar dan dalaman badan. Ala bau tu sekejap aje. Lepas makan minum teh ka kopi ka atau hisap gegula.
Arghh..balik ni nak masak bilis petai lah!!! hahahahha. Cuba tau sis, makan petai untuk kesihatan.
Ye betul..mmg sangat berkhasiat..kalau tau lama dulu dah makan petai..dh tua- tua ni baru sibuk nak makan petai
ReplyDeletehi.. bw here :)
ReplyDelete