Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BUAT RAWATAN MUKA DI BEAUTY & CO., DI ONE UTAMA MALL

Assalammualaikum semua. Sebagai seorang wanita, kita memang suka lah kalau dapat manjakan diri sendiri kan. Kolin hari tu ada rezeki untuk buat rawatan muka di BEAUTY & CO. yang terletak di One Utama Mall, Damansara Utama. Dah lama sebenarnya tak belai muka sendiri. Sekarang baru timbul kesedaran pula. Nak jaga muka takut nanti dah berumur lebih kulit muka tak lawa pula. Maklumlah orang perempuan :)


Terletak di bahagian Old Wing, korang boleh terus cari. Senang aje, semua tempat rawatan  muka memang satu area. So dia last sekali bertentangan dengan kedai Enews. Jadinya senang aje nak cari tau.

Masa sampai kolin diberikan sedikit penerangan mengenai rawatan yang ada, akhirnya kolin memilih untuk membuat rawatan ROSE DE HYDRA FACIAL, 75 minit ada first trial cuma RM48 sahaja. Haaa...sementara ada promosi ini memang kena grab lah. Lagipun 75 minit kan, berbaloi sangat ni.


Pertama pakar kulit mereka akan bawa kita ke bilik untuk melihat dulu kondisi kulit kita. Jujur lah, kolin masa tu mekap tebal, so kalau luaran nampak cantik sahaja. Once letak muka kolin dalam mesin mereka terus boleh nampak masalah kulit kolin. Dah mula berkedut, jerawat dan bekas jerawat serius sangat. Malahan kolin ada saki baki yang tertinggal bawah lapisan kulit. Itu yang nanti mereka akan 'extract' keluarkan. Blackhead dan whitehead pun memang banyak sangat. Hurmm..nampaknya selepas ini kena pergi buat selalu, hargai diri sendiri kan.


Tu nampak tak dia tulis "some spots in your skin, pay attention to drink more water". Masalah kulit yang agak serius untuk kolin sebenarnya.



Bila dah kenal pasti semua masalah, kolin pun di bawa ke bilik rawatan. Mula rawatan tu memang ada lah situasi yang sakit perit tapi sebab salah kolin. Simpan masalah kulit bertahun-tahun, skrub muka pun jarang-jarang. Itu sebab kalau kita tak facial, apa pun produk kita pakai tak sampai kat kulit muka kalau korang nak tau. Korang pakai produk dia akan kena pada lapisan yang tak sihat kat kulit muka kita. So memang kena buat rawatan muka. Jadinya kalau korang pakai pelembab ke, masker ker baru lah elok muka. Patutlah jerawat kolin tak pernah reda, sampai menanah.

Untuk gambar bilik rawatan dan maklumat lanjut korang boleh terus ke media sosial mereka. Masa rawatan tu kolin tak pula tangkap gambar kan. Maklumlah tengah enjoy mereka belai muka kolin. Untuk first trial, RM48 tu memang best lah!! Korang nak pergi lah try.

Alamat premis: One Utama Shopping Centre, Lot S117E, Petaling Jaya Selangor
Telephone No. : 03-7731 7911


Secara peribadi, kolin suka Beauty & Co. Kakitangan mereka semua peramah dan sangat membantu. Jadinya kolin memang rekemen korang nak try rawatan muka kat sini. Sebelum pergi boleh lah tanya mereka mengenai promosi yang ada.

Dah seminggu beraya ini, kalau teringin dah boleh booking dah. Jom kita mula jaga kulit muka sesama okay. Kalau korang asyik beli produk beratus pun tak guna wei. Kena rawat dulu, baru produk sebenarnya. Cari ilmu nak cantik tau.

Semoga korang dapat sedikit manfaat ye. Jangan lupa ke Beauty & Co. di One Utama Shopping Mall okay.

2 comments:

  1. teringin juga g analisis skin macam ni... hehe

    ReplyDelete
  2. Best nie.. Kak Sue pun rasanya ada masalah kulit juga Kolin..

    ReplyDelete

loving me..loving you