Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KOPI VIRAL AUNTY- #kopipeng KAT PENANG

Walaupun kolin tak berapa suka minum kopi, tetap nak share sikit maklumat dengan korang semua  mengenai kopi viral yang ada kat Pulau Pinang atau Penang. Siapa yang tak suka pergi penang oi..Kebanyakkan kawan-kawan kolin memang tak pernah bosan dengan Penang. Ada ajer tempat yang mereka nak explore kalau ke sana. Bab makanan usah cakaplah..NASI KANDAR...hahhaha. Ini antara kolin suka hunting kalau ke sana juga lah. Tapi kali ini cerita pasal kopi yang kolin tak suka minum. Boleh minum, tapi nanti pening la..nak muntah la. So lebih kepada pengemar air teh. But no offence tau...kolin tetap share kat mana peminat kopi boleh pergi kalau ke Penang!


Inilah dia auntie yang glamor dan pandai buat kopi tu. Harga tak mahal tau, kalau tak minum kopi boleh lah order milo ais. Boleh ajerrr..kolin ada minum sikit, sedap weii. Kalau pengemar kopi tak datang sini rugi lah.

Baik lah kolin gunakan waze sahaja. Lokasi dia dekat dengan komtar dan berhampiran sangat dengan Neo Hotel. So siapa yang nak menginap kawasan ini, boleh pergi jalan kaki sahaja.


Tuuu belakang tu kedai dia. Simple aje..tak ada papan tanda besar-besar pun. Tapi memang femes auntie ni sebab waze pun ada dia. Senang nak search. Kalau ikutkan di Instagram memang ramai peminat kopi review best.

Jadi jom lah korang, yang tak minum kopi pun cubalah sekali ye. Nanti kempunan hehehe

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you