Nak tahu kat mana tapak perkhemahan mesra keluarga tak? Dekat aje kat Janda Baik, Pahang aje. Dengar macam jauh kan. Tapi kalau dari tol gombak tu dekat sangat. Lebih kurang 30 minit ke 40 minit boleh sampai dah campsite yang cantik dan mendamaikan. Kolin pada mulanya memang tak tahu di kawasan Janda Baik ada tempat camping yang menarik. Terima kasih lah kepada kawan-kawan yang dah pergi dan berkongsi. Dan ini lah dia tempat ketiga kami sekeluarga camping. Sebelum ini camping atau berkhemah untuk satu malam sahaja. Tak tahu kenapa kali ini kami nekad camping selama 2 malam. Haaa...memang beriya lah mengemas barang-barang terutama stok makanan.
SANTAI RIVERSIDE JANDA BAIK
012-921 3009 (En. Azhan)
SEKITAR KAWASAN SANTAI RIVERSIDE
Kalau dari pintu gerbang Janda Baik tu memang agak dalam tau. Korang terus aje sebab campsite ini agak dalam juga. So jalan perlahan-lahan enjoy suasana kampung yang dekat sangat dengan Kuala Lumpur. Masa sampai terus cari PIC masa tu kak Niza yang bantu kami. Mulanya tapak yang kami dapat tak berapa best, sebab tengah-tengah. Tapi syukur, En. Azhan melayan kami dapat tapak khemah yang lebih selesa untuk kami sekeluarga.
yang warna oren tu lah khemah kolin. Mulanya nak minta tepi sungai, tapi dah penuh. Untuk tepi sungai kolin nasihatkan buat lah tempahan awal sebulan. Dah siap flysheet, ada longkang kecil so kalau hujan tak lah banjir tapak khemah. Kawasan perkhemahan pun bersih. Kolin suka lah depan khemah ada padang. Luas mata memandang. Lagi best kalau dapat jiran sebelah yang berkhemah tu senyum dan tegur sapa. Well yang ini kami sekeluarga ada pengalaman tapi nanti cerita.
Tapi kolin tak mengadap pintu khemah ke depan padang pun. Disebabkan alas besar (yang warna putih tu kolin bawa sendiri) so kami cover seluruh tapak yang disewa. Jadi belakang khemah boleh lepak. Yang penting ruang depan khemah kami boleh buat ruang makan dan juga bersolat terus situ kekadang. Di sini ada surau cantik, toilet pun okay sangat. Cuma kekadang sudah ke toilet terus ambil wuduk, solat kat khemah terus. Disebabkan khemah kami agak tersorok sikit, okay kut.
ini lah ruang belakang khemah. Boleh letak kasut, pelampung dan mainan budak
ha di sini, siap dengan lampu terang tak gelap pun. Itu sebab boleh dikatakan mesra keluarga. Ramai sangat keluarga dengan anak kecil datang ke sini. Mungkin ini lah masa terbaik nak spend time bersama keluarga dengan tiada tv dan juga talian internet tau. Memang 3 hari 2 malam kolin kat sini terputus, tak menjawab wasap pun. Tak pasti line apa yang okay kat sini. Kalau DIGI memang out ler hahahha
HARGA TAPAK PERKHEMAHAN
Satu tapak boleh disewa dengan harga RM35.00 satu tapak. Untuk alas khemah dan khemah pun ada. Free aje! Haa...terkejut kan. So kalau ada yang nak berkhemah pertama kali, tak ada khemah, datang aje. Tak payah masak-masak pun tak apa untuk 1 malam. Dalam janda baik insha Allah ada kedai makan, so beli aje tapau makan kat khemah atau makan kat kedai. Lepas tu boleh lah tidur khemah. Cuma tilam, bantal, selimut bawa tau. Sini malam sejuk! Tapi sejuk lagi campsite Cameron Highland.
Buat kami sekeluarga, semua bawa sleeping bag aje. Senang, jimat ruang dalam kereta.
Nampak tak anak dua orang tu kelubung lagi waktu pagi. Sini sejuk so okay sangat nak camping. Angin sentiasa ada. Tepi sungai agak padat, kolin nasihatkan bawa kipas. Bawa sekali extension wire yang terpanjang korang ada okay. Kolin caj semua power bank, tak ada wire plug pun. Tapi nak ada kipas dan plug bagai boleh tempah berkhemah kat depan tempat kami. Situ memang banyak mak ayah bawa anak kecil. Atas simen lagi, selesa sikit.
so bila kita tak mengadap ke depan, privacy lah nak baring bagai. Lagipun katil ada juga buat tempat duduk dan baring. |
ini pandangan ruang khemah kolin di belakang. Semua stok makan dalam tupperware tu. Tempat masak pun kat situ. Masa ini sejuk, ali imran tidur awal. Malam pertama mereka bertiga tidur luar, kolin aje tidur dalam khemah. Tapi malam kedua kolin tak bagi takut binatang atau hujan lebat kan. Muat aje khemah tu kami berempat. Tapi niat nak beli khemah satu lagi untuk 2 orang. So ali imran boleh tidur khemah sendiri.
Haa selesa aje tidur dalam sleeping bag. Kalau korang jenis tidur nak berbantal, bawa lah yang kecik tu. Kut laaa.... tak selesa.
ni waktu pagi, kolin pergi brisk walk. Datang sini boleh juga kalau nak jogging. |
ini lah keadaan yang berkhemah tepi sungai. Agak padat lah...terpulang pada korang masa ke sini. Apa pun boleh call owner tempat ini. Dia sentiasa ada waktu nak check in. |
semua dah siap flysheet kalau di tapak perkhemahan santai riverside. Itu sebabnya korang tak perlu risau kalau panas dan hujan. Semua ini siap di pasang. Ni semua mengadap sungai tau! Kita yang berkhemah kat padang boleh aje pergi sungai..lalu la depan khemah mereka tu. No problem pun, sama tuan!
tandas ada 3, tempat mandi ada 3 |
ini jalan masuk ke santai riverside, agak kecil so jangan lelaju ye korang. Takut ada anak-anak melintas jalan nak ke sungai tu |
bila kita dapat tapak depan padang dari tepi sungai. Anak-anak bebas bermain tau. Tak pakai selipar, main bola, main buih, main guli, main baling selipar...alahai nikmat berkhemah di Santai Riverside. So kami sekeluarga memang tak menyesal check in sini selama 3 hari 2 malam cuti panjang CNY hari tu. Seronok tak tau nak cakap. Tapi korang, ramai dah orang kita suka berkhemah ni. Satu budaya dah.
MENU MASAKAN MASA BERKHEMAH
Hey...masa kat sini kolin memang masak sepenuhnya. Memang pulun habiskan segala stok yang dibawa. Bawa box ice putih tu semua lauk pauk dah dibersihkan. So senang, tapi kalau nak basuh kat sini ada sinki. Semua kemudahan lengkap lah kalau kat sini.
menu malam terakhir, sotong goreng kunyit, sambal sardin, ikan kembung bakar, telur dadar, timun, nugget dan hotdog goreng. hahaha mewah kannnn |
kolin masa kat sini siap buat ruang tamu. Untuk makan dan juga melepak. Kat sini best sebab siap flysheet ada bumbung. So masa hujan ruang ini masih boleh duduk dan selesa |
ini daging dah siap perap, di bakar dengan cara tradisional.
ini sup campbell buat sarapan pagi anak-anak. |
ini dinner malam pertama sambal udang dan ayam goreng madu. Masa masak semua orang terbau hahahah. Jiran sebelah kanan kami ramah, so ayam madu goreng kolin bagi lah 4 ketul. Tapi sebelah kiri, jenuh senyum buat tak tahuuuuuu..so tak ramah. Kita duk lah dendiam makan wei..
mee goreng ni kolin masak jam 11.00 pagi ahahahah. Sebab anak-anak nak ke sungai. kolin suruh mereka bawa dan makan tepi sungai. Saja seronok-seronok |
kat Janda Baik tengah musim durian wei. So kalau korang pergi dalam bulan ni memang merasa lah durian sini. |
Rasa tenang dan memang okay sangat tapak perkhemahan Santai Riverside di Janda Baik. Buat pengetahuan korang, tuan punya dia sangat ramah dan senang untuk korang berkomunikasi. Call sahaja okay kalau nak menempah. Kalau rasa tak mahu spend duit khemah tu, boleh aje pakai khemah dia. Buat satu malam dulu...nanti dah okay, boleh la 2 ke 3 malam lain kali. Lagipun dekat dengan Kuala Lumpur wei. Tol dan minyak tak lah mahal sangat. Udara pun segar, orang ramai tak ada apa yang perlu di takutkan. Buat korang yang rasa tidur dalam khemah panas. Kat sini tak panas...sejuk. Bila menjelang malam..sejuk macam angin kaki gunung Genting Highland lalu. Kalau binatang pula, setakat 3 hari 2 malam kolin tak ada perasan apa-apa. Setakat yang kolin dan keluarga perhatikan ramai keluarga bawa semua ke sini. Dari baby sampai lah ke warga emas.
Kalau lebih informasi, boleh lah ke IG atau FB mereka untuk maklumat penuh berkenaan tempat ini. Semoga dengan perkongsian kolin tapak perkhemahan mesra keluarga ini terus memberikan memori yang terbaik untuk sekeluarga.
Terima kasih korang baca entri ini. Lama betul kolin karang 3 hari baru nak publish hahaha. See you again SANTAI RIVERSIDE, sure kami sekeluarga akan repeat lain kali :)
syok kolin dh byk kali cuti2 berkhemah ni...oh free ye utk yg tkde khemah..nice
ReplyDeleteomg serious menarik. lama sgt tak camping ni
ReplyDelete