Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SUKA KUCING? TAPI TAK BOLEH BELA KUCING. MARILAH KE KLCATPLAYGROUND

Assalammualaikum semua. Keluarga kolin suka kucing, terutama anak-anak. Tapi apakan daya rumah kami tak mengizinkan nak bela kucing. Satu lagi kami kuat berjalan, takut nanti tak terjaga kucing. Daripada zalimi kucing begitu baik kami tak bela kan. Tapi selalunya kami beri kucing makan lah, itu aje yang mampu untuk berbakti untuk haiwan kesayangan ini.

Disebabkan tak boleh bela tapi anak-anak suka belai kucing kolin cari tempat yang kucingnya bersih dan terjaga. Nah terletak di aras 1 Sunway Putra Mall di Kuala Lumpur ada satu lot kedai yang menawarkan servis sejam bermain kucing tau. Ada lebih kurang 20 ke 30 ekor kucing dalam tu. Memang nampak pasif aje kucing situ, sebab mereka manja dan kucing yang dibela rapi. So masuk dalam tu kena pakai stokin ye. 

 KLPLAYCATPLAYGROUND TERAPI BERMAIN BERSAMA KUCING
 

sebenarnya kolin dah lupa berapa ringgit masa ke sini Disember 2019 yang lalu. Tapi korang boleh aje ke laman instagram mereka dan DM terus kalau terasa nak pergi bersama anak atau korang sendiri yang suka bermain dengan kucing. Terpulang lah ye. 

 
ini laman instagram rasmi mereka dan korang semua boleh follow dan lihat sendiri aktiviti yang ditawarkan. Setakat ini anak-anak dah pergi sekali dan mereka memang request nak pergi lagi. Cuma kena tunggu cuti sekolah lah, sebab ali imran kan belajar di asrama. Warga KL nak cuba pergi sini okay. Kalau korang tau memana cafe atau tempat yang boleh duduk melepak sambil bermain dan belai haiwan kesayangan ini, komen bawah!! Kolin teringin nak pergi dan review, boleh lah kolin share dalam blog ini untuk semua kan. Terima kasih membaca entri ini korang.

1 comment:

loving me..loving you