Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PROMOSI JOM BERBUKA PUASA DI SIME DARBY CONVENTION CENTRE BERTEMAKAN TRULY ASIA MALAYSIAN

TRULY ASIA MALAYSIAN RAMADHAN BUFFET DINNER hanya di  SIME DARBY CONVENTION CENTRE  

Hey korang!! Dah nak habis Februari dan semua tahu kita mulai berpuasa pada 24 April 2020 nanti. Berikutan itu, Sime Darby Convention  Centre (SDCC) seperti rutin setiap tahun pasti ada buffet berbuka puasa.Tema buffet berbuka puasa tahun ini ialah 'TRULY ASIA MALAYSIAN RAMADHAN BUFFET DINNER". Yang dah pernah berbuka puasa kat sini, confirm dah tahu kemeriahan berbuka kat sini. Tapi kali ini lain sikit tau menu dia, sebab ada menu sushi, teppayanki, dim sum dan pelbagai menu lagi. Banyak tau menu dia, sampai keliru nak makan apa hahaha


Berbuka puasa reramai seronok kan.  
 


Bermula dari 24 April sehingga 21 Mei 2020 korang boleh bawa kawan-kawan, keluarga atau sesiapa sahaja untuk menikmati pelbagai menu hangat yang ada. Antaranya kari kepala ikan salmon, sotong berlado petai, ikan bakar , bubur lambuk berherba, pelbagai masakan kawah, otak-otak dan banyak lagi. Ada 20 gerai yang bakal menyajikan menu berbuka kat sini. Kiranya kalau teringin semua ada. Sirap bandung pun ada ye...bestnya buka puasa minum air tu, nikmat sangat.






Harga bermula dari RM99++ per person, ianya bermula dari 7.00 petang sehingga 10.30 malam. Anak-anak dari umur 6 sehingga 12 tahun serta warga emas dicaj RM69 nett sahaja untuk seorang. Manakala anak-anak 5 tahun ke bawah PERCUMA!. 

PROMOSI EARLY BIRD

Yang patut korang beli sekarang dan grab adalah offer promosi early bird ni. Lagi lambat korang beli lagi lah mahal. So mana yang nak buat reunion keluarga, kawan-kawan atau pejabat sila lah perhatikan poster promosi kat bawah ni kan. Jangan cakap kakak tak payung pula. 





Cuma tahun ini ada juga D'Atap Gazebo Steamboat untuk berbuka puasa cara stimbot. Ada lebih 100 seleksi bahan yang ada dan dikenakan harga pada RM39nett sahaja. Promosi bermula dari 24 Januari sehingga 23 April sahaja. Selepas itu harga promosi tamat dan ianya akan dikenakan pada harga RM50++ untuk setiap seorang. 

Kalau nak buat private function untuk berbuka pun boleh lah, 1000 orang SDCC ada pakej tau. 


Untuk penempahan atau pertanyaan lanjut hubungi Halia 03-20893799 atau halia.sdcc@simedarbyproperty.com atau banquet 03-2089 3688 atau emel enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com

Setiap tahun kolin tak pernah miss berbuka di SDCC. Antara tempat yang mendapat tempat di hati keluarga kolin. Tandas selesa, surau ada, parking ada dan paling penting masakan chef tu sedap. Kalau datang jangan lupa makan kegemaran kolin udang telur masin tu, satay tu, kuih koci tu, air batu campur tu, pulut dengan serawa durian...ish banyak lagi lah. Cerita pendek memang setiap tahun kolin datang SDCC Bukit Kiara tu. Lazat betul! Jangan lupa beli voucher awal okay, jimat giler. Jom kita buka puasa sesama di SDCC ya 

 

2 comments:

loving me..loving you