Assalammualaikum korang. Yang mana tak baca lagi part 1 sila klik okay. Selesai kami di Jambatan Tamparuli tu terus kami di bawa ke perjalanan menaiki Kundasang. Tapi lupa lah..sebenarnya selepas makan tu, kami di bawa ke masjid negeri KK tu untuk solat jamak zuhur dan asar. Cantik, putih masjidnya, ramai sangat pelancong. Tabung derma banyak di sekitar masjid, lapang dan sejuk. Suka sangat bila masjid bagi orang luar bukan beragama islam masuk sama. Islam kan untuk semua! Okay kembali kepada perjalanan ke Kundasang. Sebelum sampai homestay kami ke Pekan Nabalu. Ini pitt stop yang wajid korang singgah kalau ke sini ya.
Perkara pertama yang korang boleh enjoy di pekan kecil ini ialah view Gunung Kinabalu. Masya Allah...masa kolin kat sini rasa dah cantik betul gunung ni. Tak pernah kisah tau selama ini, nasib trip 'terpaksa' ikut mama ni kolin join. Memang satu nikmat dapat tengok keindahan alam di depan mata.
cik timah kena paksa bergambar hahahah. Kalau tidak nanti tiada kenangan kan. So memang kerja kolin memaksa aje lah mak ni bergambar
ni lah sebahagian yang ada dalam rombongan kolin hahaha. Iye semua dah makcik dan kakak-kakak tapi kolin happy tau, seronok wei trip orang tua.
ni ada seorang mamat tu tolong tangkap gambar. Kolin snap gambar dia dan dia snap gambar kolin. Malangnya kami tak sempat bertukar nombor telefon, van kolin dah nak jalan masa tu. Sorry lah bro next time tau hahahah.
JUALAN DI PEKAN NABALU
Selain pemandangan yang menarik tu, barang-barang jualan di sini juga sangat menarik. Murah dan korang boleh aje tawar menawar. Lagi best beli lah buah uolss...segar!
Buah durian ni memang sedap wei. Kolin beli satu biji RM10 makan dengan mama hahahaha. Sedap manis macam cempedak, lepas tu adik beradik mama nampak mereka join sekali makan. Seronok wei..Jangan tak beli, jangan tak cuba makan. Ada video kat utube jangan lupa tengok kolin makan durian ni tau.
Satu lagi kat sini memang banyak anjing liar, tapi jangan takut semua jinak. Memang lalu sebelah pun tak jadi apa...so relak okay. Sis penakut anjing juga....tapi masa kat sana tak terasa apa pun. Anjing jinak..
PENGINAPAN SULAP INAP DESA
yang ini agen booking tuk kami. Okay lah homestaynya kecil dan sesuai. Ada yang duduk berempat, bertiga dan berdua. Kolin dengan mama berdua aje lah. Selesa juga.
Dia macam rumah 2 tingkat yang ada banyak bilik. Inilah bilik kami berdua untuk satu malam.
simple aje. Tapi ada kettle nak masak air panas dan tv okay lah tu kan.
Makan malam pun simple aje. Agen ni bawa semua sesiap barang dari semenanjung. Dan periuk bagai semua kawan dia yang tinggal di KK sediakan. Senang giler..malam tu makan lah kami stimbot.
ada telur dadar, sambal bilis, daging dendeng dan pelbagai la lauk lain untuk malam tu. Simple dinner tapi okay sangat. Dinner ni kami bayar tak silap RM15 seorang. Pakej kami kan tak masuk makan. Lepas makan melepak minum air teh o panas. Nak pergi ke kedai melepak sini takut ada yang tak halal. Kena faham di Kundasang bukan semua kedai kita boleh masuk duduk dan makan.
Esok pagi kami akan check out dari rumah inap ini dan meneruskan sesi lawatan kami. Tapi ada cerita kelakar kolin nak kongsi. Disebabkan cuaca terlalu sejuk semua orang nak mandi air panas. Nak jadi cerita siapa yang lambat mandi tu, air panas dah habis. Kolin antara yang lambat mandi. Tapi bila mama bagitahu air panas habis. Kolin masak air dalam kettle, buh dalam baldi dan mandi lah.
Sekali bila melepak dalam van, makcik-makcik tu cakap sejuk mandi pagi tadi tak ada air panas. Kolin cakap kenapa tak masak air? semua gelak hahahahahha...tak terfikir kata dema.Dah kesian makcik-makcik kesejukkan mandi air sejuk di Kundasang. Itu antara kenangan lah kolin trip dengan orang tua. Kelakar sangat, sepanjang trip ada sahaja hiburan untuk kolin. Next entri kolin cerita mana tempat best kalau nak ke Kundasang okay.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you