Assalammualaikum korang. Pernah 'shell out' tak? Kalau kolin memang merata dah kolin try shell out ni. Konsep ini memang banyak kedai buat dah, tapi kekadang sedih seafood atau makanan laut yang dihidangkan. Setakat ini kolin suka yang Zombie Seafood yang terletak dengan dengan FRIM tu. Yang lelain tak sedap pun...melainkan korang pergi restoran original Shell Out yang pernah diviralkan oleh artis kita. Tapi yang tu mahal sangat lah pulak kan.
Yang kali ini kolin teringin nak makan bersama-sama dengan kawan sepejabat. Minta dia hantar ke pejabat dengan alas sekali. Portion yang diberikan memang sebungkus untuk seorang. So kalau korang order kolin cadangkan kalau makan 20 orang, minta 20 set. So satu nasi, satu lauk tu tuk seorang. Kalau dicantumkan ke tengah tu macam susah nak makan. Sebab plastik yang diberikan individual bukan sebesar meja tu. Nasib kolin bawa pinggan pakai buang. Tapi tak best sbb korang susah nak cedok kuah.
Untuk order kali ini ada dua yang kolin pilih, kuah sambal dan juga kari. Antara dua tu jujur kolin cakap kuah kari lagi sedap lah.
Dan pada harganya agak murah sebab delivery dah termasuk sekali tak silap. Tak ingat pula kolin, tapi oklah. Untuk kali pertama kolin order dan makan shell out untuk makan tengahari di pejabat tu sukses lah. Semua suka dan kenyang.
SHELLOUT ASHIAPPP
Untuk yang nak cuba, boleh tengok detail mereka dan semua pakej yang ada kat gambar atas tu. Untuk bintang kolin bagi 3.5 bintang dari 5 bintang. Masih boleh dibaiki pada pemilihan seafood yang digunakan. Rasanya ketam satu, udang sikit, kerang, kepah dan mungkin boleh letak ikan potong kecil untuk tambah menarik.
Harap untuk masa hadapan dia boleh baiki dan kolin doakan peniaga ini sukses di dalam bidang yang diceburi. So korang try lah ber'shell out' di pejabat masa lunch. Sesekali berkumpul dengan kawan-kawan dan makan memang seronok. Terima kasih membaca entri ini. See you!
Shell out di tempat keja risau tudung kotor sebab saya jenis makan belemoih, orang kedah kata 😂
ReplyDelete(Sila baca : comot) 😂
Dulu masa kat dept lama SA pun selalu gak order shell out ni..seronok la makan ramai-ramai..paling best duduk kat table yg ada ada x makan sotong ngan udang..so SA leh makan lebih laaa
ReplyDeleteFeveret Kak Sue nie Kolin.. teringin pula nak makan juga, lama dah tak makan..
ReplyDelete