Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAKAN TENGAHARI DI RED LOBSTER

Assalammualaikum semua. Kenapa kolin suka makan kat restoran ini? Sebab restoran ni tak ramai orang dan privacy hahah. Nampak tenang dan kebetulan ada promosi makan lunch RM19.90. Masa tengok menu dedua berubah hati, kami ambil yang menu makan tuk berdua. LAND & SEA PLATTER cukup untuk 2 orang ini berharga RM65.43. Kolin suka sebab ada nasi juga bawah tu. Ada ikan, ayam, sotong, kepah dan sayur campur. Sos pencicah pula ada 2 jenis. Ada kicap macam ala-ala sushi tu dan cili. Kalau tanya cukup atau tidak? Untuk kami berdua cukup! Kenyang dan sedap jugak tau.


Lagi satu yang okay, air ice lemon tea tu boleh refill. Dan ada cheddar bread yang boleh korang cuba. Disebabkan takut tawar, kami order lah sup. Jadi roti tu cicah sup yang manis ada makanan laut tu memang sedap lah. Memang suka makan lunch macam gini sekali sekala. Restoran Redlobster yang terletak di Aras G, AEON Shah Alam ini selesa dan tidak sesak. Nampak mahal dan mewah dari luar. So kolin harap dengan perkongsian ini korang boleh lah pergi cuba. Tak mahal sangat dan makanan dia kualiti.




Besar kan pinggan hidangan dia




Dan untuk yang nak tahu semua berapa harga hidangan makanan tengahari di REDLOBSTER tu inilah dia bil. Kalau bahagikan kepada dua orang baru RM41.00 seorang. Okay kut reward diri sendiri makan sedap-sedap sesekali.


Terima kasih milah teman i makan lunch :)

5 comments:

  1. tk pernh try lg mkn kt red lobster..slalu lalu je

    ReplyDelete
  2. best makan kat sini..last timem kat MV...tp boss banje la...hehehe

    ReplyDelete
  3. Wah.. boleh lah cuba makan kat sini bebila nanti..

    ReplyDelete
  4. tak pernah masuk sbb takde geng la nak makan seafood...makan sorang kang lonely nawww

    ReplyDelete
  5. teringin sangat nak makan lobster tp takottttt
    hi ray follow sini. salam kenal

    #108

    ReplyDelete

loving me..loving you