Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BERCUTI DI SABAH KUNDASANG KOTA KINABALU BERSAMA MAMA SAYA

Hai korang semua, Assalammualaikum. First of all, kolin sebenarnya ke Sabah tahun 2019 yang lalu. Pada 31 Ogos 2019 yang sampai 3 September sebab teman mama kolin. Masa tu dia sibuk nak ikut rombongan adik beradik dia lebih kurang 12 orang lah rombongan kami. Kadar yang dikenakan RM1200.00 siap hotel, tour tapi makan sendiri tak termasuklah. Disebabkan risau kolin ikut mama ke Sabah sebab dia nak naik Kundasang. Risau pulak nak lepaskan dia.

Naik flight Malindo di KLIA tu pepagi buta. Dah pula time kami pergi tak sama. Mama kolin pergi sejam awal, so dia lah tunggu sejam kat airport KK tu. Sampai dah lapar terus agen tu bawa makan dulu. 

 

Ini lah mama saya nama dia Cik Timah. Sebelum ini pernah aje ke Bandung dan beberapa tempat lain. Tapi lama dulu, masih kuat lagi Alhamdulillah. So sampai KK nak naik Kundasang terus kata agen, terus kami lunch la dulu kan.

Selepas makan, kami di bawa ke Rumah Terbalik, Kota Kinabalu. Dalam perjalanan katanya, kita ikut aje bila lagi nak sampai kalau tidak dia bawa. 

 

RUMAH TERBALIK DI KOTA KINABALU

Ada bayaran masuk tapi rupanya dah masuk pakej, jom lah kita tengok sendiri apa ada dalam ni kan.



Ini antara papan tanda untuk maklumat pengunjung kat sini. Ada ruang untuk bergambar ala-ala 3D juga kat sini. Sebelum masuk tu ada sesi penerangan. Iaitu tak boleh ambil gambar dalam rumah tu. Jalan pun ikut laluan sahaja. Yang ini korang tak payah pergi pun okay. Kolin secara peribadi kata tak best. Tak boleh tangkap gambar, dalam rumah tu macam biasa semua terbalik. Tak boleh sentuh, tengok aje lalu dalam tak sampai 5 minit keluar hahahah. So jimat RM12 tak perlu pergi, baik pergi makan. Tapi kalau nak merasa ..pergi laaaa... tak salah pun. Boleh jeeerrrr


kolin pergi bawa monopod. Kalau pergi dengan kawan-kawan tak pe. So semua gambar lebih kurang selfie aje lah banyak. Ada juga yang kolin paksa mama tolong tangkap hahaha



Inilah adik beradik mama kolin. Mama kolin yang ke 3. So yang tengah tu mak long dan yang tepi baju biru adik dia no.4 dari 5 beradik, sorang tak mahu ikut dan seorang lagi dah pun meninggal dunia. Bergambar mengikut arahan ye hahaha





Kalau nak bergambar macam ni boleh lah pergi. Kunun kuat macam badang.

Inilah kenangan kami berdua di Rumah Terbalik Kota Kinabalu. 

JAMBATAN TAMPARULI

 

Selalu dengar dalam lagu, kali ini direalisasikan. Memang satu pengalaman indah kolin dapat naik jambatan ini. Dan paling indah, 31 Ogos tu hari lahir kolin. Kolin raikan bersama mama tersayang. Insan yang bertanggungjawab lahirkan kolin dengan sempurna, dengan penuh kasih dan sayang. Tiada satu pun kurang! I love u cik timah!!!

kat sini ada sedikit sejarah mengenai jambatan gantung ini. Agak tragis sejarah dia, tapi nak buat camner memang itu lah dia. Lagi satu memang gayat sangat nak jalan kat situ, mama kena paksa ahahhaah. I will share my youtube video untuk yang ini okay. 


Ini video dalam youtube kolin. Boleh lah tengok macam mana jambatan tamparuli tu dan mama kolin umur 67 tahun berjaya tau ke seberang. Bangga kolin!

 Kenangan terindah bersama mama!



Bila dah habis sampai penghujung kita pun bergambar kenangan. Syukur kolin dapat pengalaman ini bersama mama. Kenangan terindah. Sebenarnya dah 4 kali kolin ke Sabah tapi atas urusan kerja. So tak sempat nak explore. Untung juga ikut pakej melancong ini, merasa juga ke sana sini. 

Terima kasih Jambatan Tamparuli, ada rezeki kolin datang dengan keluarga kecil kolin pula. So jom ke destinasi seterusnya sebelum ke Kundasang untuk tidur satu malam. Next entri okay!! Thank you for reading gaisss


 

 

 

2 comments:

  1. sronok tu cuti2 sabah...kita p sabah urusan keje je tp sempat la jln2 juga tgk tmpt org kn

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. alhamdulillah bestnya. saya pun belum dapat nak sampai sabah. hehe

    ReplyDelete

loving me..loving you