Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BAG RIMOON DARI PEREKA FESYEN TERKEMUKA TANAHAIR DATO' RIZALMAN IBRAHIM

Assalammualaikum semua. Sebenarnya ini pembelian kali kedua kolin. Tak sangka masa kali pertama kolin beli ribucket tu jadi rebutan wei. Terus yang jualan 31 Jan 2020 yang lalu, dalam masa 20 minit semua bag hasil kreativiti Dato' Rizalman Ibrahim langsai. Laku teruk!! I bangga sangat anak melayu berjaya macam ini. 

Untuk kali ini kolin berjaya mendapatkan beg #rimoon yang berharga RM219. Warna pula for sure lah yang terang benderang iaitu dark orange hehe. Kalau lah Dato' Rizalman buat warna kuning kan, itu color kegemaran kolin tu. 

RIMOON DARI DATO'RIZALMAN IBRAHIM


Rasanya sayang nak pakai. Kolin decided nak pakai masa raya nanti. So jimat sikit bajet raya on handbag kan. Sorry lah yang dm dan mesej kolin kalau ada beli extra. Jujur kolin nak kata, tak ada extra pun sebab masa nak beli pun handphone kolin tak lepas kat bahagian payment. Last sekali, kawan kolin tolong barulah lepas dapat satu. Tak tahu lah macam mana PS yang lelain tu battle nak beli bag ini bagi memenuhi kehendak semua pelanggan. Kalau kolin nak mengadap memang give up wei. Untung lah dapat satu, boleh lah buat kenangan. Sebab semua orang tahu, pereka fesyen terkemuka tanahair ini memang ada taste dia tersendiri. Tengok ig dia pun dah terhibur dengan semua marketing yang dikongsi.


Ini beg yang memula kolin beli koleksi Rizalman. Masa kolin beli ini, terlantar kena denggi. Senang aje masa tu nak beli kat online zalora. Tapi ramai benggang sebab server down. Sama juga jualan kedua, dua-dua server macam-macam perangai. Sebab kolin pakai laptop dan juga handphone. Tak lepas tau. Dapat bag tu pasal kawan tolong. Kalau tidak, memang tak beli lah. Sebab sekarang semua jual harga lambung dah. Maklumlah benda tak banyak. Bagus buat koleksi macam ni. Dapat juga kita rakyat marhaen merasa kan. 

So buat korang yang nak tengok unboxing video klik bawah ini okay. Jangan lupa subsribe YouTube Channel kakak okay. 



4 comments:

  1. Cantik...kita kita terlepas..sold out

    ReplyDelete
  2. Cantik bag tu.. Sayang kita terlepas.. Tak dpt beli..

    ReplyDelete
  3. Cantik.. Kak Sue pertama kali cuba, saja-saja je sebenarnya. Eh dapat pula.. tapi Kak Sue pilih Rifanny71.. sukaaaaa..

    ReplyDelete
  4. cantik je bila tgk org lain pakai.

    ReplyDelete

loving me..loving you