Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PENGALAMAN PERIBADI SHOPPING DI UPTOWN DANAU KOTA, KUALA LUMPUR

Assalammualaikum korang. Siapa tak suka pergi pasar malam kan. Kalau kat kampung atau dulu-dulu pasar malam tutup kul 10 malam. Tak pun pasar pagi aje yang kita selalu pergi. Tapi kalau di tengah bandaraya atau mungkin tempat lain yang dah mula penduduk ramai, UpTown atau Pasar Malam kini banyak sangat. Dan sebagai seorang yang suka berjalan malam dan tengok gelagat orang memang kolin sekeluarga salah satu peminat yang suka berkunjung ke Uptown. Minggu lalu, sabtu malam kami sekeluarga ke UpTown Danau Kota yang terletak di Setapak. Rupanya dah bertukar lokasi baru bukan lagi di sekeliling perumahan tu. Suka juga kawasan baru ini, semua satu tempat dan tersusun. 



Maaf lah entri ini tiada gambar. Kolin ambil keputusan tak mahu ambil gambar tapi lebih suka memberikan pandangan peribadi kolin masa datang nak shopping kat sini. Karang kalau letak gambar ada kedai yang ternampak dalam tu memburukkan dia pulak kan. Kolin nak sokong perniagaan bumiputera aje sebenarnya.


GERAI MAKAN  

Yang ini memang meriah! Kat sini macam-macam makanan korang boleh makan. Cuma agak kesal harga satu air dah RM3 satu. Makanan ada yang baloi dan ada juga harga melalut kolin rasa. Jadinya yang datang kena bijak bab ini ya. Ada aje nasi siap sayur dan ayam goreng sedap RM7, contohnya Ayam Penyet. Memang kenyang lah makan. Bab sedap tak sedap tu, kolin tak dapat rasa semua gerai. Harapan kolin kepada semua nak berniaga lama kan...so pastinya mereka menitik beratkan kesedapan jualan masing-masing. Supaya kalau kami datang balik terus tuju gerai tu, sebab SEDAP TERINGAT-INGAT. Pesanan kolin yang cetek ilmu buat mereka:

Awak tak akan tahu siapa yang datang berkunjung ke gerai makan awak. Bagilah makanan dan servis terbaik. Sebab kalau korang perhatikan banyak kedai tepi jalan tetiba viral sebab ada individu yang tolong. Tangkap gambar, cerita tentang anda dan juga makanan anda. Itu banyak terjadi di Melaka ye. Siap yang dah viral & femes tu, sampai  tak tahu siapa yang dah bantu gerai jualan dia sampai dia boleh buka peluang pekerjaan kepada orang lain dan mampu menjana pendapatan lumayan. So peniaga gerai di Danau Kota, harap berilah layanan dan jual makanan yang sedap-sedap okay.

Tak pernah tau, kalau lah ada instafemes, artis atau blogger terkenal datang kan. Sekali dia share...sure letop. So treat all your customer with pleasure! FREE MARKETING UNTUK ANDA BILA ADA BUAT 'REVIEW IKHLAS'.


GERAI JUALAN BAJU DAN BARANGAN 

Gerai sekarang dan cantik dan tersusun. Ada yang siap lantai batu susun lawa, carpet tak kurang juga masih berpasir. Jualan banyak juga, pendek kata mak abah aje tak jual! Kolin suka la..sebab dia ada lorong-lorong. So kalau nak patah balik tengok barang, korang boleh tengok aje 'landmark' lorong tu. Itu yang bestnya.

Secara peribadi lah ye, tak ada niat nak menjatuhkan sesiapa. Ini pandangan peribadi dan kolin rasa once ini diperbetulkan mana tahu jualan makin hebat dan mungkin lagi ramai pengunjung datang berbelanja dari berjalan-jalan sahaja. Mungkin ramai berjalan sahaja dan bertanya-tanya buat peniaga macam 'nak tak nak aje melayan'. Kolin pernah berniaga dan faham sangat lah. Again..setiap yang masuk dan bertanya tu adalah 'potential buyer'. Berhenti melihat apa dia pakai, baju, kasut atau beg, please don't judge. Malah kalau ada kakak datang tak mekap muka hauk pun layan lah!! Budak datang bertanya tu layan juga. Sebab korang kena ingat..mungkin ini pembeli!! Kita nak sale kan. 

YANG TAK BEST, TAK TAHU LAH KORANG YE

1- Peniaga duduk dalam kedai merokok dan siap vaping kepul-kepul asap. Ehhh..tak salah kalau u memang jual vape. Masalah awak jual tudung!! Aduii abang oiii...camna nak laku jualan awak tu, semua shawl bau asap dalam tu. Siap laa kita berkipas-kipas asap. Sudah RM10 punya tudung pun tak boleh jual dah. Sebab kita memang tak suka asap kepul-kepul vape awak tu. Kedai dalam khemah, rendah dan kecil tuuu. Nak hisap, silakan...keluar khemah. Jaga barangan jualan kita. Kita nak berniaga sampai kaya kan! Jangan pandang rendah shawl RM10 tu, ada yang jadi jutawan jual tu ye. Sorang beli 3 lai..ha balik modal malam tu kalau abang tak rokok/vape dalam kedai.

2- Tak letak tanda harga. Rasa kolin setiap orang ada bajet. Apa salah jual bag, baju anak-anak, kasut tu siap letak harga. Ni satu kedai tak ada harga. Adei kadang malu nak tanya, kadang malas nak tanya. Tu jalan-jalan aje lah cuci mata. Kalau lah letak harga seluar atau baju tu RM25 satu, dan 5 helai RM100 mungkin lah ada adik-adik tu kongsi-kongsi beli. Kata nak jualan laku...tak akan u nak pegang stok baju dah habis fesyen tu lelama kan....ni semua out dated dah fesyen yang dijual. Baik pergi Times Square murah, shopping dalam air-cond. Lagi bagus fesyen semua terkini~ tak caya? try lah pergi...korang akan faham maksud kolin. 

3- MAIN HANDPHONE...bila tak ada orang main lah eh. Ini hari sabtu malam minggu, orang ramai! Sampai berlaga bahu kolin jalan. Jam 2.00 pagi masih penuh lagi orang berjalan tengok barang. Pengalaman kolin sendiri ni, masuk kedai tanya harga..(dah tak ada tanda harga kan)! Bila tanya muka senyum pun tidak..dialog dia:

Aku: Ni berapa skirt ni?
Penjual: Yang ni RM50 kak (sambil pandang HP)
Aku: okay..(blah..sebab macam tak berminat pun nak jual)

Padahal dia boleh letak HP kejap, pandang aku. Kak ni RM50, kalau akak nak saya bagi RM47 last kak. Untung sikit tuk saya kak. Tengok lah kak....banyak color ni. Nak cuba pun boleh juga. Macam mana kak..kalau tak saya turun lah sikit lagi RM45 kalau akak berkenan.

Rasa korang ..kalau lah dia main tawar-menawar dengan aku ni, berjaya tak dia jual skirt tu kat aku. Stok pun makin surut, boleh jual fesyen lain pula. Malangnya situasi tu tak jadi punnnnnn...haishh
Cukup lah tiga ni, walau banyak lagi kekurangan peniaga bumiputera ni kolin tengok sendiri. Nak maju atau tidak jangan salahkan bangsa, tempat atau apa-apa. Kita ni meniaga baik tak dengan pelanggan kita, macam mana kita layan potential buyer yang masuk gerai kita. 

Itu lah pengalaman dan pandangan peribadi kolin masa ke Uptown Danau Kota minggu lepas. Penulisan ini bukan nak kecam orang atau nak aibkan. Ini sekadar pandangan dan sedikit pesanan buat yang nak ambil. Yang tak mahu tak apa..kolin tak rugi satu sen pun. Yang nak merasakan pengalaman sendiri. Pergilaaa...nanti dah pergi jangan lupa kongsi okay. Terima kasih baca entri ini.

2 comments:

  1. sejak tukar lokasi tk pegi lg...bab isap rokok tu tk sesuai la

    ReplyDelete
    Replies
    1. sana sini kepul wei asap. camner nak shopping..harga sama mall. baik pergi mall ada ekon huhuhu

      Delete

loving me..loving you