Assalammualaikum korang semua. Haa aktiviti ini bukan kolin yang paksa tapi insiatif sendiri tau, anak-anak kita nak usaha. Kita sebagai mak ayah memang bagi sokongan yang sepenuhnya. So ali imran dah cakap awal-awal yang dia nak berniaga aiskrim malaysia. Mulanya dia jual 50 sen satu, tapi kolin cakap jual yang biasa tu 30 sen sudah lah. Kadang bebudak ni bukan ada duit sangat, sambil berniaga tu mereka bantu orang juga.
BERNIAGA SAMBIL BERSEDEKAH
Kadang-kadang bila lewat petang kolin sampai rumah terus tanya. Berapa banyak jual hari ni? ok ke? laku ker? happy tak? Jawapan mereka positif sangat. Itu yang kolin suka tu. Dema siap cerita, ada juga yang datang minta aje tak ada duit nak bayar. Bila banyak kali mintak anak-anak kesian bagi lah free. Sedekah kata mereka, supaya bisnes mereka tambah laku! hahahha bagus kan! Dah lah belajar jadi usahawan, dapat cash money siap bersedekah sekali. Lumayan betul aktiviti cuti sekolah tahun ni. Stay positif anak-anak, please lah warisi sikap mami korang yang 100% positif ni. Korang banyak lagi nak lalu, so mami doakan korang terus begini.
poster ni mereka buat dan design sendiri tau..comel kan