TOP, penerima Putra Brand Award 2019 Platinum
untuk kategori produk isi rumah
telah bekerjasama dengan TESCO menerusi kempen CSR untuk mengumpul dana sumbangan pakaian seragam dan
keperluan persekolahan kepada kanak-kanak
Orang Asli di Pahang dan Perak.
Jenama ini percaya bahawa setiap kanak-kanak
perlu mendapat pendidikan yang baik. Justeru, ia telah menyokong kanak-kanak
dari beberapa buah rumah anak yatim berusia 7 hingga 17 tahun dengan
kelengkapan sekolah menerusi program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR),
‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ sejak empat tahun lalu. Lebih 1,800 orang
kanak-kanak daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan telah menerima sumbangannya.
Kempen itu kembali pada tahun ini dengan fokus
baru ke atas komuniti luar bandar. Ia bermatlamat mengurangkan beban kewangan
keluarga Orang Asli di Pos Tenau, Kuala Rompin dan Sungai Lembing dengan
menyediakan pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah dan alat tulis
baharu. Buat pertama kalinya, buku latihan turut menjadi sebahagian daripada
sumbangan untuk setiap pelajar.
Kempen itu akan menyaksikan 30 sen daripada
jualan produk terpilih TOP daripada semua cawangan TESCO di seluruh negara dan
menerusi Tesco Online bermula 15 November hingga 15 Disember 2019 disalurkan untuk
membeli keperluan kembali ke sekolah kanak-kanak Orang Asli.
Orang Asli mewakili hanya 0.7% daripada populasi
rakyat Malaysia dengan sebahagian daripada mereka tinggal di bawah garis
kemiskinan[2].
Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, transisi pelajar Orang Asli daripada
sekolah rendah ke sekolah menengah ialah 73.1% berbanding purata kebangsaan
iaitu 87.19% pada tahun 2017. Sementara purata kadar kehadiran pelajar Orang
Asli ke sekolah rendah ialah 87.4%, lebih rendah berbanding purata kebangsaan.
CERAHI KEHIDUPAN BERSAMA TOP
Melalui inisiatif CSR ‘Cerahi Kehidupan Bersama
TOP’, jenama itu berharap dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak daripada
komuniti Orang Asli apabila menyediakan mereka dengan kelengkapan sekolah.
Jadi, mereka akan lebih bersemangat untuk pergi ke sekolah, seterusnya menambah
baik aspek kehadiran dan prestasi akademik mereka.
Dibangunkan oleh Lion Corporation, Japan, TOP terkenal kerana mengutamakan
konsep kehidupan yang bersih dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih
bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi
teknologinya.
OBJEKTIF KEMPEN CSR SOUTHERN LION SDN. BHD.
“Objektif kempen ini adalah untuk
menggalakkan kehadiran ke sekolah melalui sumbangan pakaian seragam dan
kelengkapan sekolah yang dapat meningkatkan keyakinan dan imej diri.. Selain
daripada itu, ia juga mendidik kanak-kanak orang asli kepentingan pendidikan dalam kehidupan serta mempunyai
penampilan diri yang bersih dan kemas,” kata Pengurus Pemasaran (Divisyen
Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan
1800-88-0133. Terima kasih TOP!
Dah lima tahun rupanya TOP adakan kempen sebegini. Semoga terus suksess!!
ReplyDelete