Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

AKTIVITI CUTI SEKOLAH MENJUAL AISKRIM MALAYSIA 30 SEN SAHAJA!

Assalammualaikum korang semua. Haa aktiviti ini bukan kolin yang paksa tapi insiatif sendiri tau, anak-anak kita nak usaha. Kita sebagai mak ayah memang bagi sokongan yang sepenuhnya. So ali imran dah cakap awal-awal yang dia nak berniaga aiskrim malaysia. Mulanya dia jual 50 sen satu, tapi kolin cakap jual yang biasa tu 30 sen sudah lah. Kadang bebudak ni bukan ada duit sangat, sambil berniaga tu mereka bantu orang juga. 

BERNIAGA SAMBIL BERSEDEKAH 

Kadang-kadang bila lewat petang kolin sampai rumah terus tanya. Berapa banyak jual hari ni? ok ke? laku ker? happy tak? Jawapan mereka positif sangat. Itu yang kolin suka tu. Dema siap cerita, ada juga yang datang minta aje tak ada duit nak bayar. Bila banyak kali mintak anak-anak kesian bagi lah free. Sedekah kata mereka, supaya bisnes mereka tambah laku! hahahha bagus kan! Dah lah belajar jadi usahawan, dapat cash money siap bersedekah sekali. Lumayan betul aktiviti cuti sekolah tahun ni. Stay positif anak-anak, please lah warisi sikap mami korang yang 100% positif ni. Korang banyak lagi nak lalu, so mami doakan korang terus begini.

 poster ni mereka buat dan design sendiri tau..comel kan

 

Lain matlamat tak ada lah, kolin harap anak-anak belajar susahnya cari duit kan. Malam-malam kena bancuh air setengah jag, masukkan air dalam plastik aiskrim dan susuh pula dalam plastik dalam freezer tu. Dah buat kena kira pula, berapa batang buat, dan berapa batang aiskrim dijual. Hari-hari kami mak ayah suruh buat catitan. Nanti hujung cuti sekolah kami minta duit itu dibahagi dua lah antara mereka, jadi lah buat modal mereka beli alat tulis. Nanti cuti boleh berniaga lagi. Belajar susah cari duit, jadi mereka lebih menghargai setiap sen yang mereka ada. Kita bukan anak orang kaya, kita bukan anak orang senang, tapi kita bahagia..gitewwww

AISKRIM MALAYSIA 30 SEN SAHAJA

Sebenarnya lumayan tau jual aiskrim malaysia ni, kalau yang order 100 batang tu anak kolin terus dapat RM30 tau. Terima kasih buat kawan-kawan dan jiran-jiran yang terus support bisnes anak-anak kolin. Semoga AISKRIM MALAYSIA ALI & ALISA terus maju jaya dan sukses kan. Doakan tau korang.....babai.  

4 comments:

  1. Wah..bagus Ali dan Alisa...semoga maju jaya ye...

    ReplyDelete
  2. pandainya diorang ni...budak² sukalah kan buat aktiviti macam ni masa cuti sekolah..

    ReplyDelete
  3. bagusnya. InsyaAllah murah rezeki tu nnt.

    lagipon bleh latih business mindset ni. hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya aiskrim.. pandai cari duit. salam kenal done follow.

    ReplyDelete

loving me..loving you