Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2019

Assalammualaikum semua. Saja buat throwback post hari ini. Perlawanan bola Piala Malaysia 2019 yang lalu kolin sekeluarga dapat juga datang ke stadium bukit jalil. Tapi semua itu atas jasa kak sue dan abg man tau. Disebabkan kak sue dan abg man berniaga dalam stadium kami dapat tiket extra yang dibeli oleh abang man. Memula abg man beli untuk bawa masuk  pekerja dia, tapi rupanya tak perlu tiket pun. So ada 4 tiket lebih, kolin pun terus lah beli dari abang man. Siap diskaun lagi hahahaha. Terima kasih banyak abg man, dapat juga kami ke stadium menyaksikan JDT vs Kedah malam tu. Nasib baik laaa kak sue dan abg man dapat tapak niaga hari tu, kalau idak duduk rumah aje tengok bola



Disebabkan bersemangat waja kami pun naik LRT tau, dari puchong ke bukit jalil, takut sesak kan. Sampai tu memang dah meriah lah, tau aje lah kedua-dua pasukan ini penyokong memang 'die hard fan'. 

TAHNIAH JDT! 
Apa pun keputusan semua orang dah tau, JDT mengalahkan Kedah 3-0. Tahniah buat pasukan harimau selatan tau, buat kedah tahun depan kita cuba lagi. Adat pertandingan lah kan, ada menang dan ada kalah. Dah kalau semua orang nak menang, duk bergaduh aje susah jugak kan. So tak apa lah rezeki mereka lah, kolin okay aje. Dan masa kat stadium hari tu pun, tak ada gaduh apa pun. Semua terima aje dengan hati terbuka. Meraikan dalam aman dan damai, ini lah semangat sukan yang kita mahu. Jangan gaduh-gaduh.


Cuma perlawanan hari tu memang penuh stadium. Padat sangat sampai kolin duduk di bahagian atas tu nak turun pun penuh tangga. Ye lah perlawanan final kan, semua semangat nak turun, ikutkan penuh dengan bas rombongan dari utara dan juga selatan. 

JANGAN MEROKOK DI TEMPAT DUDUK STADIUM 

Yang kolin kesalkan ada lagi manusia yang tidak bertimbangrasa masih hisap rokok dan vape. Kelilling kolin ramai anak-anak kecil dan alisa juga rimas sangat dengan asap. Kolin sampai guna tudung kolin tutup hidung anak. Nak ditegurkan karang bergaduh, apa yang mampu tengok dan bau aje lah asap yang dikeluarkan dari mereka. 



Suami kolin perokok juga, tapi setiap kali keluar ke kawasan yang semua merokok di bahagian luar stadium. Kalau bercerita tentang sampah memang jangan cerita lah. Kolin ada lah sedikit inisatif bawa plastik sampah kecil dan sumbat dalam satu plastik. Habis perlawanan nak balik ikat plastik dan letak di tong sampah yang disediakan. Kadang benda macam ini lah serik nak bawa anak-anak ke stadium.

JOM BERUBAH 

Kolin harap tahun 2020 nanti semua penyokong bola kita di Malaysia akan berubah dan lebih bertanggungjawab. Jaga kebersihan dan tidak lagi merokok di tempat duduk stadium. 

Buat Harimau Malaysia skuad bimbingan Dato' Ong Kim Swee, selamat berjaya buat hari ini ya. Apa pun majulah sukan untuk negara dan jangan gaduh-gaduh ye. Tak best pun bergaduh, rugi diri sendiri aje. Akhir kata...tahniah sekali lagi JDT !!!! 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you