Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Percutian 2 hari 1 malam di Hotel Impian Morib

Assalammualaikum semua. Rezeki kali ini kolin kongsikan bersama semua. Tapi ikutkan keluarga kolin ramai hahah, tapi kolin bawa sebahagian aje lah. Bawa mama, anak-anak buah dan keluarga kolin sendiri. Tempah 2 bilik dan kami semua menuju ke Hotel Impian Morib untuk penginapan 2 hari 1 malam sahaja. Perjalanan dari rumah lebih kurang 1 jam, kami tiba dalam jam 4.00 petang. Memang rezeki kami, sepanjang perjalanan tu hujan, tapi bila sampai di hotel cuaca elok, cantik dan panas. Anak sendiri dan anak sedara memang tak sabar nak mandi pool dah. Itulah mereka, kepuasan dapat tidur hotel dan mandi kolam renang pun dah cukup. Kolin memang tak plan nak bawa mereka ke tempat lain pun, fokus duduk di kawasan sekitar hotel sahaja. Dan buat korang nak jimat dan tak mahu hotel besar dan fancy, bawa aje ke sini. Tak ada lif yang nak tunggu, kawasan hotel sangat close. Jadinya memang sesuai bawa anak kecil tau. Nak pantau senang..sebab bilik ke kolam renang tak lah jauh sangat. 


Inilah kami semua ! kami ambil dua bilik, satu katil queen dan satu super single. Tak bawa toto dan bantal pun sebab muat-muat katil untuk semua orang tidur. Sampai sahaja kat sini, cuaca cantik sangat. Itu yang anak-anak terus terjun kolam. Semua tak ingat nak makan pun. 


KOLAM RENANG DI HOTEL IMPIAN MORIB



inilah team anak-anak dara. 3 orang anak sedara dan yang melompat dengan tinggi tu anak kolin laa kan. Siapa yang tak kenal.


Punyala sedap mereka mandi kolam kan. Kat sini kolin suka, hotel yang simple. Tak perlu naik lif dan susah parking. Dari bilik kolin lebih kurang 10 langkah sahaja dan sampai kolam renang. Sesuai untuk korang yang nak simple getaway dengan anak-anak. Kolam renang pula besar dan ada juga kolam untuk kanak-kanak. Kolin dan mama malas nak mandi kolam, kesudahannya kami duduk lah tepi kolam tengok anak-anak bermain. Masa menunggu dah lapar, sempat kolin pergi ambil nasi dan lauk dalam bilik bawa ke tepi kolam makan sama mama. Sebab kolin masak tak berhenti-henti dan terus ke sini, tak sempat nak makan. Kadang sebabkan kita masak, kita tak lalu makan kan. So itu yang kebulur sampai ke petang kolin tak makan tu...




Syukur dapat mengembirakan anak sendiri dan anak sedara. Semoga mereka sepupu ni semua selalu satu hati dan rapat. Kolin 7 beradik, meninggal sorang dah. Jadi apa yang ada ini kita kena lah hargai dan sayangi selalu kan. Malam tu semua tidur awal, lepas dinner semua keletihan. Kami melayan movie aje dalam hotel, itu lah tujuan tidur hotel kan. Lagipun cuaca asyik nak hujan, leceh bawa budak-budak keluar pula. Tapi kalau korang rajin, ada pesta kat pantai morib tu. Dekat aje kalau naik kereta.

HANYA SATU  MALAM TIDUR DI MORIB

Esoknya ada 4 baucer sarapan, jadi suami, mama, imran, haikal dan aqil aje makan di restoran hotel. Jadi yang mana bangun lambat kolin buat roti sapu nutela, sapu tuna dan ada biskut. Siap buat air teh panas-panas. Seawal 8 pagi, anak-anak semua dah terjun kolam balik!!! Haaa...tu terus semua makan breakfast tepi kolam lah. 



Inilah kenangan kami bersama! Semoga korang semua sihat dan membesar dengan baik ye anak-anak. Nanti umi dah tua, jangan lupa melawat umi ye...

 
Dah selesai mandi kolam, kami sempat ke pantai morib. Air surut, tu anak-anak pergi lah tangkap anak-anak ketam. Belangkas pun ada rupanya kat sini. Kami jumpa macam bekas jaring perangkap ketam dan juga belangkas. Ni surut kan, tapi kalau air naik memang takut sangat, air tinggi.




Check out jam 12 tengahari kami semua pun siap lah untuk pulang ke rumah. Cukup satu  malam percutian kami. Semoga kita dapat berjalan ramai-ramai lagi lepas ni ye. 


Ini la muka yang seronok duduk hotel!!! Siapa suka tidur hotel jugak, sila komen di bawah okay. #kitageng

2 comments:

  1. amboi mandi kolam sesaja ye anak-anak hehe :) pandai Kolin cari hotel yang sesuai untuk keluarga kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang hotel simple macam ni, leceh kalau naik lif bagai kann

      Delete

loving me..loving you