Assalammualaikum buat korang semua. Dah nak penghujung tahun 2019 sudah tentu sambutan hari krismas dan parti sambutan tahun baru bermula. Dengan itu, hari ini kolin berkesempatan untuk hadir sama dalam preview menu sambutan krismas di Concorde Hotel Shah Alam yang menawarkan hampir 9 menu yang boleh korang cuba. Kalau suka mencuba menu baru, suka nak makan hidangan yang baru, boleh lah ke sini. Senang sangat di seksyen 9 shah alam aje. Parking pun senang juga, nak mudah jangan lupa hubungi mereka kalau nak buat tempahan di talian 03-5520 8000 ext 2210/2304. Kalau nak buat reunion akhir tahun atau apa sahaja majlis boleh lah ambil kesempatan ini kan.
Untuk Christmas Eve Buffet Dinner pada 24 Disember harga RM120nett bermula pada 7pm sampailah 10.30pm. Pada Christmas Day, 25 Disember bagi Christmas Hi Tea harga RM70nett sahaja.
Tapi kalau korang nak makan masa 25 Disember tu Harga RM80 nett sahaja. Untuk tahun baru 31 Disember harga buffet RM120nett untuk seorang. 1 Januari 2020 harga untuk Hi Tea pada RM70 nett manakala buffet dinner tahun baru pada RM80 nett. New Year Countdown Retro Nite yang bakal diadakan pada 31 Disember 2019 dari jam 7pm sehingga 12.45am pula pada harga RM80nett untuk setiap dewasa. Kalau anak-anak dapat 50% diskaun antara umur 4 sehingga 12 tahun.
CHRISTMAS EVE & CHRISTMAS DAY BUFFET DINNER
Bercerita bab menu pula memang tak pernah mengecewakan lah. Banyak sangat dan sudah tentu lah sedap tau. Ada Whole Turkey with Black Pepper Sauce and Yorkshire Pudding, Seared Tuna Tataki with Honey Wasabi, Cheese Selection, Asparagus Head Soup with Sour Cream (yang ni sedap!), Varieties of breads, Chicken Roulade Tomato Concase, Christmas Fruit Cake dan banyak lagi.
Untuk Christmas Eve Buffet Dinner pada 24 Disember harga RM120nett bermula pada 7pm sampailah 10.30pm. Pada Christmas Day, 25 Disember bagi Christmas Hi Tea harga RM70nett sahaja.
Tapi kalau korang nak makan masa 25 Disember tu Harga RM80 nett sahaja. Untuk tahun baru 31 Disember harga buffet RM120nett untuk seorang. 1 Januari 2020 harga untuk Hi Tea pada RM70 nett manakala buffet dinner tahun baru pada RM80 nett. New Year Countdown Retro Nite yang bakal diadakan pada 31 Disember 2019 dari jam 7pm sehingga 12.45am pula pada harga RM80nett untuk setiap dewasa. Kalau anak-anak dapat 50% diskaun antara umur 4 sehingga 12 tahun.
CHRISTMAS EVE & CHRISTMAS DAY BUFFET DINNER
CHRISTMAS DAY HI TEA
bagi memenuhi selera korang yang suka kan ber hi tea, ada menu pembuka selera, main course dan pemanis mulut juga. Ada Lamb Canneloni, Christmas Cookies dan pelbagai lagi. Dan kalau di sini korang akan didendangkan oleh Batak Band yang sudah tentunya memberikan suasana kemeriahan yang diingini.
Jom korang, cuba menjamu selera di Concorde Hotel Shah Alam. Kolin percaya korang akan puas hati. Jangan lupa ajak keluarga dan teman-teman sekali okay. Terima kasih Concorde sudi ajak kolin merasai kemeriahan ini tau. Babai semua...
pesentation makanan yang cantik dan comel...rasa sayang pulak nak makan.hehehe..
ReplyDelete