Assalammualaikum semua! Siapa suka makan daging atau stik. Buat kolin memang satu kegemaran lah makan daging. Maklumlah memang dibesarkan dengan pelbagai menu daging. Paling kolin suka kalau daging goreng kunyit buh sayur banyak-banyak. Tapi kali ni lain, kolin nak cerita pasal Ribs atau Steak. Selalu kita pergi restoran yang menjamu makanan ini, kita terus pilih Well Done. Sebab kita takut sangat kalau ambil yang lain, takut mentah. Sekarang baca sampai habis tau, kolin nak kongsi dengan korang bahawa yang lain tu sedap ...lagi sedap dari Well Done. So korang boleh lah order yang lain di Tony Roma's nanti untuk cuba.
Untuk makluman ribs atau steak yang dihidangkan ada kategorinya tau. Ada RARE, MEDIUM RARE, MEDIUM, MEDIUM WELL atau WELL DONE. Haaa..jangan ingat ada satu kategori aje. Masa TONY ROMA'S RIBS EXPERT SEMINAR ini dijalankan, Ribs Expert dari Tony Roma's berkongsi dengan kami semua cara nak tekan daging tu untuk tau kadar masakan yang mana korang nak buat atau doneness. Bila korang ikuti dan pelajari cara macam mana nak tau steak atau ribs mana korang suka, itukan satu ilmu baru. Ilmu makan ribs atau steak hanya di sini.
Asyik makan aje tahu kan, sesekali mereka berkongsi dengan kita semua apa yang mereka hidangkan untuk kita selama ini. Jadi kolin rasa ini adalah satu tindakan yang sangat baik. Ajak loyal customer dan new customer dan perkenalkan menu atau cara hidangan yang ada. Itu lah tujuan seminar ini di adakan. Untuk menyebarkan satu ilmu buat yang suka makan dan suka cuba menu yang baru. Kolin rasa ada juga antar semua tak pernah try makan di Tony Roma's kan. Lepas ini korang boleh lah cuba ye. Sedap dan harga juga berpatutan.
Ini yang kolin maksudkan tadi, ada lima kategori cara daging/steak/ribs ini di hidangkan. Kalau korang nak tahu...well done tu dry ..kering tak ada juice. Kolin lepas cuba semua kategori, kolin suka medium or medium well. Dua-dua tu terasa nikmat hidang ini. Korang jangan risau, tak mentah laaaaaa..cuma cara masakan dan nama sahaja. Try medium well sekali, sure korang tak mau dah makan well done tu dah.
Boleh tengok kat gambar ini tekstur daging medium tu lagi juicy dari yang tepi well done tu. Payah juga nak bagitahu rasanya, elok korang ke Tony Roma's aje lah time lunch nanti. Order Beef Ribs tapi minta Medium Well or Medium tau. Cuba!!! Tak rugi, kolin percaya kolin akan suka. Hari ini lunch korang pergi rasa tau! Ajak kawan-kawan atau yang tersayang belanja diri sendiri makan sedap kat sini! Tapi kalau nak Me Time tuu..boleh juga. Kadang faham..ada orang suka duk diam dan nikmati makanan sorang-sorang. Janji tau korang kena ke Tony Roma's. Dan terima kasih juga Tony Roma's sudi ajak kolin join seminar yang penuh ilmu baru. Maklumlah kami sekeluarga memang suka makan daging. Boleh dikatakan setiap minggu mesti ada lauk berasaskan daging. Dan kalau sesekali nak makan luar sekeluarga, Tony Roma's antara pilihan kami sekeluarga juga. Suka makan ala western :)
Ini semua pakar tau "Ribs Expert" bukan biasa-biasa
Kalau pergi makan jangan lupa download apps terbaru mereka iaitu Bite & Bites, sebab kat apps tu ada kupon, diskaun dan pelbagai lagi percuma yang korang boleh dapatkan apabila makan di Tony Roma's, maklumat lanjut di www.tonyromas.com.my
Masa makan nanti, jangan lupa berfoto dan upload di media sosial dengan hashtag #JOMTONYROMAS tau. Buat semua kaki makan sila serbuuuuuuu.....love uolssss :)
Pilihan SA adalah Medium atau Medium Well...sedpanyaaaa...tgh dalam pantang ni....tambah pantang 3 bulan lagi....lepas ni nak terjah la Tony Romas..memang pilihan sepanjang masa ni...
ReplyDelete