Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Love Beauty & Planet berkongsi kempen kitar semula dengan hashtag #smallactoflove

Assalammualaikum semua. Kali ini kolin ingin berkongsi dengan korang satu kempen kitar semula #smallactoflove yang dijalankan oleh Love Beauty And Planet. Buat yang tak tahu produk ini korang boleh ke Guardian Malaysia tau. Produk penjagaan rambut dan badan ini sememangnya wangi dan kolin suka betul pakai shampu dan perapi dari mereka. Botol-botol yang digunakan oleh produk ini adalah yang telah dikitar semula tau. Ini lah masanya kita buat sedikit kebaikan kepada alam sekitar dengan menyokong produk mesra alam. 

Bertempat di Me.Reka di pusat membeli belah Publika di Kuala Lumpur, kolin berkesempatan menimba serba sedikit ilmu mengenai produk ini. Kempen ini kalau korang perasan telah pun dilaksanakan oleh beberapa orang selebriti tanah air sebenarnya, antaranya Yasmin Hani dan Sazzy Falak. Kalau korang skroll #smallactoflove boleh lah tengok bagaimana dua selebriti ini berkongsi dengan peminat mereka cara menyayangi alam sekitar dengan mengurangkan pengunaan plastik. 



 KEMPEN KITAR SEMULA
 
Bagi kempen kali ini, Love Beauty and Planet, memperkenalkan tong kitar semula mereka yang dibawakan khas oleh Guardian Malaysia. Ini adalah untuk memupuk sikap suka kitar semula di kalangan masyarakat. Dan buat informasi korang, botol yang digunakan oleh produk ini juga adalah botol kitar semula atau recycle bottle tau. So dengan itu kita semua perlu hadkan pengunaan plastik dan mula belajar kita semula juga. Dari itu bermula dari 2 November seingga 24 November korang semua boleh masukkan botol mandian atau shampu korang dalam tong khas yang disediakan oleh mereka di outlet Guardian yang terpilih. Dan ini lah cara korang untuk bersekali dalam aktiviti #smallactoflove. Comel kan tong tuu..jangan lupa drop botol yang dah habis isinya dalam tu okay.


Dan untuk kempen ini ini adalah antara tempat yang tong kitar semula tu akan berada. Korang boleh lah plan nak pergi outlet Guardian yang mana satu untuk recycle semua botol yang ada. 




 SAMBIL SERTAI KEMPEN BOLEH MENANG HADIAH

Untuk kempen ini ada hadiah juga tau. Dengan sikap kitar semula pun boleh dapat inisiatif juga. 

1. masukkan botol kitar semula korang dalam tong tu dan dapatkan kupon LBP berharga RM3 untuk pembelian produk ini. 

2. beli mana-mana produk LBP di Guardian dan korang bakal dapat beg tote dan baucer (2xRM5 LBP baucer dan RM10 Hive Voucher)

3. snap gambar korang bersama tong cute tu sambil masukkan botol kitar semula tu. Upload di sosial media korang dengan tag @lovebeautyandplanetmy okay. 

4. peserta yang dah post gambar mereka bersama tong tu di Instagram dan Facebook berpeluang memenangi setahun yang boleh digunakan selama setahun dari LBP. 

Senang kan! Boleh menang produk untuk pengunaan setahun tau! Jimat duit, so korang yang mana ada botol tak mahu dah, recycle ya



Pada masa yang sama kami semua diberikan sesi kraftangan juga. Botol yang ada kami gunakan untuk buat pasu bunga bagi pokok kaktus comel yang ada. Ini antara kawan lama dan baru yang sempat kolin beramah mesra. Semua ni hebat-hebat tau #bodek





ini alatan yang diberikan. Tapi sebelum buat kerja, bergambar dulu! Belakang tu nama dia farah hahahha...cute aje.



Kami diberikan bahan-bahan untuk buat pasu bunga. So kerat botol tu bahagian atas. Masukkan batu dan pasir, kemudian terus tanam pokok tu dalam botol. Siap!! So korang kalau ada botol dan nak buat aktiviti bersama-sama anak di rumah boleh tiru. Boleh tanam pokok kaktus atau pokok herba juga. Cuma kalau herba bahagian bawah tu jangan lupa dilubangkan untuk aliran air keluar okay. 


 ucapan perasmian bagi program pagi tu
Selebriti Yasmin Hani dan Hani dari ERA FM berkongsi sedikit pengalaman mereka yang turut bersama dalam kempen kitar semula. 


Ini adalah tenaga pengajar yang ada di Me.Reka yang membantu kami dalam membuat pasu yang comel ini. So jommm buat kerja!


macam biasa, kolin lebih nyembang daripada buat kerja haha. Masa ini rezeki Selebriti Yasmin Hani duk sebelah. Sebenarnya ada beberapa kali jumpa dia kat event. Macam biasa, selebriti ini ramah dan sangat-sangat humble. Best laaa kami berkongsi-kongsi pendapat dan cerita. 

 tu diaaa...dah siap pasu selebriti Yasmin Hani
 ini pula pasu dari kami semua! 
Siap!!!! dalam kekecohan akhirnya siap juga. 


Terima kasih Love Beauty And Planet serta Guardian yang sudi mengadakan workshop sebegini. Dapat juga ilmu baru dan paling penting kita belajar mengenai kitar semula. Tahap kesedaran masih rendah di Malaysia, jadi kita kena terus mendidik. Jadi korang, balik rumah, kalau ada botol mandian atau shampu yang kosong tuu, jangan lupa masuk dalam tong kitar semula tu ya. Lihat visual di atas untuk ketahui lokasi tong mereka. Dan review kolin mengenai shampu mereka, MEMANG WANGI! bau bunga kenanga dan kolin suka produk yang berasaskan bahan natural ini. Jom korang berubah kepada yang lebih semulajadi okay. Sebelum balik kami sambil sorang satu, bekal makanan untuk dibawa balik. Comel .....yeay...ada bekas tapau baru. No plastik okay, bawak bekas sendiri dan mula sayangi bumi kita tau. 



itu sahaja, terima kasih sudi baca entri ini okay. Babai semua!




No comments:

Post a Comment

loving me..loving you