Assalammualaikum semua, semoga bulan November ini membawa lebih rezeki pada korang ya. Sebulan aje lagi nak ke 2020 kann.
Sudah pun tiba hari terakhir kolin bersama Guardian Malaysia di Avillion Port Dickson selama 3 hari 2 malam. Hari terakhir pagi tu santai aje, tiada aktiviti. So kami ambil masa untuk sarapan dan bersiap kemas beg untuk pulang. Bag semua siap kemas di bawa ke Riau 1 untuk sesi seterusnya. Ini lah rakan sebilik kolin yang tidur sesama selama 2 malam. Perangai merapu!
gambar tu semua pakai kamera si Sally hahaha. So guna timer kami berposing la dalam bilik kami. Maklumlah 2 hari yang sudah kami sibuk keluar masuk dan terus berehat. Hari terakhir pagi tu santai, jadi kami ambil kesempatan untuk posing lah. Bilik selesa aje untuk 3 orang wei. So korang nak honeymoon sesuai kat sini wei. Sebab ada kolam renang dibuka 24 jam gitu. Sesuai laa tuk bulan madu, selain itu sekitar hotel ambience dia memang romantis.
Haa nampak tak semua busy tuu..ini lah product sharing time. So masa ini semua produk yang korang boleh cari di Guardian Malaysia ada di sini. Kami semua kena buat sedikit task dan mereka akan bagi kami produk mereka. So macam shopping tapi tak pakai RM. Seronok masa ini hahaha. Sebab kolin excited giler dapat macam-macam barang.
CATRICE COSMETICS
korang tau tak kenapa aku seronok tu hahhah. Seronok sebab rangkaian Catrice Cosmetics ada peel off nail polish! hahahah kolin memang suka warna kuku time "cuti". So kalau yang peel off ni memang senang sangat nak bersihkan tak payah guna alkohol. Namun pada hari itu Catrice Cosmetics memperkenalkan rangkaian limited edition mereka Brow Pro Pen yang ada dua fungi tau. Harga di jual di Guardian hanya RM24.90 dan untuk Brow Boost Serum untuk mengalakkan pertumbuhan semula jadi (transparent gel) hanya RM35.90. Kolin diberikan satu beg barangan kosmetik juga. Tunggu kolin buat full review tau.
PALMER'S COCONUT OIL FORMULA SKIN CARE
Sudah berada di pasaran selama 170 tahun, brand ini adalah antara yang terbaik untuk merawat kesan regangan kulit atau masalah kulit yang lain. Kalau korang nak tahu, masa kolin pregnant dulu selalu sapu krim ini di perut supaya kesan kulit pecah tu dapat dielakkan. Dulu doktor puji tau, cantik perut puan tak pecah! So korang new mother try tau. Sapu hari-hari sebelum tidur, cantik kulit nanti. Lagipun baunya wangi lah..sedap nak tidur.
Di sini kolin diberikan tugasan untuk bergambar bersama produk yang ada iaitu Palmer's Coconut Oil Formula Skin Care (face product). Kalau dah body care mereka di kalangan yang terbaik, apa ntah lagi skin care. Kolin memang suka jenama ini tau. So kalau korang nak tengok boleh ke Guardian ada Palmer's Coconut Oil Manoi Luminous Hydration Facial Oil 30ml (RM49.90), Palmer's Coconut Oil Sugar Facial Scrub 90g (RM35.80) dan Palmer Coconut Water Hydrating Facial Mask 90g (RM35.80). So buat korang yang ada masalah kulit dan mahukan brand yang betul dan bagus untuk kulit dapatkan yang ini. Cuba tau!
BIO ESSENCE ROSE GOLD
Ini antara produk yang kolin memang nak cuba sangat. Bio Essence Rose Gold yang berupaya mengembalikan keanjalan kulit dan mengembalikan keremajaan ini memang terbaik. Banyak review kolin baca dan sudah tentunya kesan sangat elok. Itu yang masa ke booth ini kolin dah bersorak! Seronok sebab akhirnya produk tu kolin boleh cuba. So korang tunggu kolin perabis skin care yang ada dan pakai terus yang ini. Tak sabar nak share positif result!
PANTENE & HERBAL ESSENCES
Ini pula rangkaian produk penjagaan rambut yang ada hari tu. Terus terang masa kolin muda remaja dulu memang suka Herbal Essences. Tak silap masa tu Sarimah Ibrahim jadi model mereka. Bau buah-buahan masa tu memang sangat trend. Dan bila meningkat dewasa kolin guna Pantene pula. Tapi kali ini ada yang baru tau. Sesuai untuk kita yang bertudung selalu ni. Kedua-dua ini adalah brand yang kolin suka sangat. Semua ini korang boleh ke Guardian Malaysia lah. Boronggggg... :)
ada nampak kakak happy! Happy tahap dewa dahh...sonok
BLACKMORES ISOWHEY SHAKES
yang ini korang patut cuba! Serius kolin memang suka sangat. Ni kalau nak berpuasa, sahur minum satu scoop bersama susu. So kolin gabung dengan susu yang ada kat rumah. Setakat ini dah separuh bekas kolin minum. Serius ye..kolin memang minum. Mungkin untuk weight loss, kurangkan berat badan. Tapi ramuan dalam tu memang membantu kesihatan sangat-sangat. Hanya RM99 di Guardian mempunyai 100% whey protein tau. Tinggi dengan fibre dan kolin percaya korang boleh sihat dengan adanya 18 vitamins dan mineral baik untuk badan.
Produk yang sangat mesra alam juga ada di Guardian. Syampu dan mandian yang mereka hasilkan sangat bermutu dan kalau korang yang ada masalah kulit atau sebagainya boleh cuba rangkaian yang ini juga.
Acara hari itu ditutup dengan sedikit ucapan dari Ms. Jenny dan cabutan bertuah. Dah la dapat macam-macam goodies ada pulak lucky draw pulak. Memang murah hati Guardian Malaysia untuk trip kali ini. Kalau korang nak tahu, ini lah pertama kali kolin ikut serta. Dan semoga lain kali ada rezeki lagi untuk turut sama.
PENJAGAAN BADAN DAN RAMBUT DARI NURIGINS
Produk yang sangat mesra alam juga ada di Guardian. Syampu dan mandian yang mereka hasilkan sangat bermutu dan kalau korang yang ada masalah kulit atau sebagainya boleh cuba rangkaian yang ini juga.
RANGKAIAN KECANTIKAN APRIL SKIN
FACE REPULIC
BARANGAN KECANTIKAN DARI LAKME
Penuh tangan kami dengan buah tangan dari retreat ini. Seronok dan riuh rendah dalam dewan tu.
Acara hari itu ditutup dengan sedikit ucapan dari Ms. Jenny dan cabutan bertuah. Dah la dapat macam-macam goodies ada pulak lucky draw pulak. Memang murah hati Guardian Malaysia untuk trip kali ini. Kalau korang nak tahu, ini lah pertama kali kolin ikut serta. Dan semoga lain kali ada rezeki lagi untuk turut sama.
tahniah kak anie menang !!
Dan dengan ini berakhirlah HEALTHY BEAUTY MEDIA RETREAT 2019. Banyak kenangan manis sepanjang 3 hari 2 malam. Dari tak kenal satu sama lain, kami semua bertukar menjadi rapat. Sister from another mother gitewww...So semua orang yang ada dalam trip ini dan baca penulisan ini. Kolin doakan korang semua sihat selalu dan gembira selalu. Jaga diri okay....gonna miss all of you badly sob..sob..sob.
TERIMA KASIH GUARDIAN MALAYSIA
Bestnya Kolin.. seronok dapat join aktiviti macam nie..
ReplyDeletekan..harap ada rezeki join lagi
Delete