Assalammualaikum semua. Cuti sekolah bakal bermula dah. Pada tarikh 22 November 2019 adalah hari terakhir bersekolah dan sudah tentu semua mak ayah macam kolin. Mula berfikir persiapan untuk sesi tahun 2020 pula. Segala persiapan harus rapi dan yang terbaik untuk anak-anak kesayangan. Daripada hujung rambut sehingga hujung kaki semuanya bakal dibeli baru. Selalu begitu lah, mana yang boleh dipakai, kita guna balik. Tapi anak-anak ni mereka cepat sangat membesar, yang ada memang tak muat. Dan natijahnya kena lah kita beli yang baru juga kan.
JOM BELI KASUT SEKOLAH
Buat pengetahuan korang, kasut dari PALLAS memang dari dulu kolin pun pakai. Tak tahu kenapa potongan dan keselesaan kasut ini memang menjadi pilihan hati. Senang cerita mari lah kolin senaraikan kebaikan atau kelebihan memakai kasut sekolah dari jenama yang dipercayai ramai ini. Senang sikit korang nak buat pilihan masa membeli kasut sekolah untuk anak-anak kan.
KELEBIHAN MEMAKAI KASUT SEKOLAH PALLAS
1. Memiliki tumit getah (rubber insole) dan juga tapak kasut getah (rubber outsole) yang memberikan keselesaan kepada kaki. Malahan Kusyen tumit dengan sokongan (insole with Arch Support) memberikan penjagaan kaki untuk anak-anak kita yang memakai kasut ini seharian di sekolah.
2. Foam atau alas yang lebih tebal dan selesa. Jadi kaki tak la terasa sakit kerana ianya memberikan lebih perlindungan kepada kaki.
3. Rubber Insole dari Pallas mempunyai daya lantunan yang lebih biak dan selesa. Budak kan selalu berlari dan melompat. Ini lah fungsinya, menyerap lantunan dengan lebih baik.
4. Sokongan yang baik sebab ada Arch Support. Yang ada macam laluan pada tapak kaki kita tu, itu lah arch. So kasut jenama ini menyokong dan boleh mengelakkan ketegangan pada oto kaki dan lebih selesa.
5. Selain keselesaan, potongan yang terkini dan menarik juga mampu membuatkan anak-anak kita suka dan tampil bergaya. Bukan sekadar kasut hitam atau putih tau, ianya adalah kasut yang paling kerap dipakai. So tampil menarik dan selesa sangat penting.
yang simple tu sebelah kiri untuk Alisa Maisara dan untuk Ali Imran yang bakal ke tingkatan 2 tahun hadapan mesti lah kasut bertali. Kolin berkenan sebab tapak kasut ini tak licin. Takut masa musim hujan, berlari atas simen tu jatuh pula. So korang tengok tapak kasut kalau membeli tau.
REKAAN KASUT SEKOLAH YANG
CANTIK DAN MENARIK
Kemas dan warna hitam dia sangat cantik. Anak-anak pula puji selesa sangat bahagian dalam kasut Pallas ini. Lega laa mak kan, satu persiapan telah pun selesai. Korang kena buat check list atau senarai semak agar persiapan naik ke sekolah lebih tersusun. Jadi boleh lah buat bajet korang sendiri kan.
Setelah pegang dan anak-anak puas hati, kolin memang nak cadangkan korang semua beli kasut sekolah Pallas okay. Yang lain tu kolin tak pernah tengok kualiti betul-betul. Kalau yang ini memang puas hati. Yang paling kolin utamakan keselesaan dan keselamatan anak-anak. Kasut ni pakai seharian maklumlah sekolah sesi pagi dan petang. Jadi buat pilihan yang betul tau ibu!
Untuk korang yang nak tengok dulu design atau nak dapatkan lebih banyak informasi boleh terus ke laman web mereka iaitu www.pallas.com.my atau www.wow2wee.com
Kalau pembelian terus pula, korang boleh kemana - mana AEON Supermarket untuk lihat dan tengok sendiri kualiti kasut jenama ini.
Kalau dulu kolin pakai masa ke sekolah, sekarang anak-anak pula pakai kasut Pallas ke sekolah. Cepatnya masa berlalu kan...Jangan lupa dapatkan untuk anak korang pula ya. Babai
kasut pilihan! memang pilih kasut ni dari dulu-dulu. hehe
ReplyDeleteselesa giler kann
Deletemmg beli kasut pallas jazz tu
ReplyDeleteha ah..suka giler kasut pallas
Delete