Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Realme C2 murah wei - harga jualan bermula dari RM429 sahaja!

Assalammualaikum korang!!! Buat sesiapa yang mencari-cari telefon pintar atau handphone terbaru selepas raya ini ada telefon pintar bajet tapi spesifikasi meletop yang kolin nak kongsikan. Ternyata telefon pintar ini dalam kelas tersendiri dan sangat ekonomi dan mampu milik. Sekali lagi REALME dengan jayanya telah melancarkan dua lagi telefon pintar terbaru mereka iaitu REALME 3 PRO dan REALME C2 baru-baru ini. Dan kolin sendiri telah mendapatkan satu telefon pintar dari jenama ini untuk mencari pengalaman sendiri. So korangggg...baca entri ini sampai habis okay. Penat kolin review sebulan tau dan sekarang tak sabar rasanya nak kongsi semua informasi dengan korang. Sebab apa!!! Sebab REALME C2, sumpah berbaloi dengan harga bermula RM429 sahaja. Bawah RM500 tuuuuuu...baloi kann, jimat gile.



Pada mulanya kolin tertanya-tanya juga REALME ni dari mana. Rupanya satu aliran dengan OPPO dan kini mereka fokus kepada telefon pintar mampu milik. Mana tidaknya harga telefon pintar ini bermula dari RM429 sahaja. Bawah RM500 korang dapat telefon yang canggih, mempunyai bateri yang tahan lama iaitu 4000mAh dan 6.1"HD Dewdrop Screen. Cukup comel dah kalau tanya kolin. Sesuai untuk kita yang tak suka handphone yang besar. Malahan handphone ini sangat slim dan ringan aje nak masuk dalam beg atau poket.



Yang kolin dapatkan color Diamond Blue dan 3G + 32GB harganya RM499. Dia ada satu lagi spesifikasi iaitu 2G + 16GB pada harga RM429. Itu aje beza..yang lelain semua sama tau. Kolin sarankan korang ke Sunway Pyramid ke RealMe Store dan lihat sendiri betapa solid dan cantik keluaran kali ini. Untuk C2 ada dua warna iaitu Diamond Black dan Diamond Blue. Untuk kolin yang tak suka warna gelap, memang pilih yang biru ni. Dengan Diamond-Cutting-Design ianya memberikan 2 +1 card slots. Oh..handphone ini bateri tak boleh cabut ye, built in terus. Bab kamera memang korang akan teruja, sebab kolin dah pakai bergambar sakan, selfie sekali memang ada effect bokeh tu. Untuk kamera depan dan jua belakang. Harga murah...selalu tak ada kan. Yang ini C2 memang ada. Kamera di belakang 13mp + 2mp AI Dual Camera, manakala untuk selfie 5mp. Ada flash juga tau, so dalam gelap gambar tetap terang.
Dan kalau kolin google inilah ciri-ciri C2 yang perlu korang perhatikan. Sebab jarang handphone murah mempunyai ciri-ciri yang meletop tau:

Realme C2 dikuasakan oleh Mediatek MT6762 Helio P22 (12 nm), CPU Prosessor adalah 32GB, 3GB RAM atau 16GB, 2 GB RAM. C2 juga mempunyai 6.1 inci IPS LCD Touchscreen (720 x 1560 pixels, 282 ppi). Menyokong Wifi, GPS, 3 G dan juga 4G LTE.



Tak cukup dengan itu, kolin juga buat video unboxing dan dah juga diupload di Youtube channel kolin. Buat korang yang baru nak beli tu, boleh lah tengok dulu. Kalau teringin nak cari handphone baru ini lah paling mampu milik dan mempunyai ciri-ciri yang sangat bagus. Buat masa ini Realme C2 memang di dalam kelas tersendiri. Paling penting bateri dia sangat tahan lama, boleh tengok neflix berjam-jam tau. Handphone ini juga mengutamakan sekuriti yang terbaik, masa korang slot simkad tu ada 2 sekuriti yang boleh diset. Yang pertama boleh guna password 4 nombor dan kedua facial recognation juga. Dia tak ada finger print security lah, tapi ada dua tu pun dah cukup untuk handphone ekonomi ini.


Jangan lupa korang ke store atau kedai berhampiran untuk pegang sendiri unit Realme C2 yang terbaru ini. Kalau dah beli elok, jangan lupa bagitahu kawan-kawan okay. Murahhhh jerrrr........


Yang benar,

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you