Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Resipi Ramadan & Raya daripada Ayam Brand

Assalammualaikum semua. Ramadan dah nak berlalu pergi dan kini Syawal menanti. Kalau dah Syawal mesti lah raya, kalau dah raya mesti kita semua tak sabar nak makan hidangan sedap-sedap atas meja tu kan. Dan paling penting kena ada rendang! Kalau rendang kena lah ada santan. Dan setakat ini kolin suka betul dengan santan dari Ayam Brand sebab senang dan bagus untuk kesihatan. Namun begitu, korang patut tahu, rangkaian Ayam Brand adalah produk yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet. Ada resipi tau dari mereka dan dikongsikan dengan korang semua. Senang disediakan dan paling penting rasanya sedap gilerrr.....




Rangkaian lengkap produk Ayam Brand yang sihat dan  mudah ini boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara. Sila lah layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk korang kumpul dan belajar lebih banyak resipi. 



Antara yang menarik korang boleh cuba Donburi Sardin yang mudah dan sedap bersama nasi lemak yang hanya mengunakan 6 ramuan untuk dihasilkan. Masak nasi lemak dengan santan dari Ayam Brand, air, daun pandan dan garam di dalam periuk nasi. Manakala sardin dari Ayam Brand di dalam minyak zaitun siap dihidangkan. Lagi satu menu yang boleh cuba ialah bebola nasi perang tuna. Nak sediakan pun mudah, buat pada malam dan letak dalam peti sejuk. Kemudian masukkan dalam ketuhar untuk mencairkan keju dan luarnya akan garing tau. Lepas tu dalam 10 minit dah siapa untuk dihidangkan. Nak lagi kreatif boleh cuba hidangan dalam gambar bawah ni. Roti jala dengan sardin.


Dan kalau teringin nak makan Kek Ikan Thai pun bukan susah tau. Guna sahaja tuna Ayam Brand dan santan, kacau sehingga pekat. Kemudian masukkan daun bawang dan ketumbar. Selepas tu buat lah bentuk bujur dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah cukup keras, layurkan dengna minyak kelapa Ayam Brand. Sedap dan mudah. Kalau ada udang, ketam, ikan atau apa sahaja makanan laut, korang boleh cuba buat Seafood Curry macam gambar bawah ni. Sedapppppp weiiiiii...menaip di bulan puasa menguji iman!


Kalau nak makan udang masak kunyit pun senang dah nak cari santan. Kita sekarang nak yang sihat dan tiada kolesterol. Siapa yang tak pernah guna tu, cuba nanti ye. Kolin memang tak beli santan kat kedai, kalau teringin boleh lah perah sendiri. Kalau tadi kolin kongsi lauk pauk, kolin nak kongsi gambar pemanis mulut pula. Inilah dia Roti Kukus Santan untuk tatapan korang.


Kalau nak tambah menu beraya nanti korang boleh lah cuba. Ataupun tukar buat puding santan ke, alahaiiiiii teringin. Nanti ingat nak cuba lah buat masa berbuka. Maklumlah dah tinggal 4 hari nak puasa ni, semangat lain macam sikit. 

Itulah dia sedikit sebanyak menu yang ada di laman web Ayam Brand yang kolin nak kongsi dengan korang. Resipi lengkap ada video lagi kat situ. Siapa yang tak pandai masak tu, pergi lah tengok. Sekarang semua boleh berlagak chef dah tau !!! Cuba ajeeeee, tak cuba tak tau...mana tau sekeluarga suka...kita pun happy kan. Thank you Ayam Brand sebab sudi share dengan kami. 

Terima kasih baca entri ini

Love, 

Kolin Zainal

1 comment:

  1. ayam brand produk yg tk asing lg..mcm2 hidangan bole disediakan

    ReplyDelete

loving me..loving you