assalammualaikum dan salam sejahtera
Hujung minggu memang lah malas sikit nak masuk dapur kan. Bagai di cita ulam mendatang, hubby kolin ajak makan luar. Katanya makan stimbot dan gril di NGENCES. Agak pelik memula kolin dengar nama tempat makan tu. Tapi disebabkan anak-anak dan hubby dah pergi makan kat situ masa kolin ke Yogja, kolin pergi juga lah. Hatta kolin ni bukan boleh makan sangat buffet pun. Makan portion tak banyak heheheh. Rugi ajak ke buffet, tapi dah ada yang nak belanja. Kita jangan tolak rezeki lah kan.
Terletak di kawasan Setiawangsa Kuala Lumpur. ini lah dia NGENCES. Fokus kepada pelbagai jenis perisa daging kambing yang sudah diperap. Harga pula kolin rasa sangat berpatutan. Sebab mereka juga prihatin, bila nampak mama kolin. Terus bagi harga warga emas, tapi memang mama dah 64 tahun pun. So memang warga emas lah. Makan boleh ambil apa dan banyak mana, tapi tak habis kena lah bayar kan. Siapa suruh membazir. Buat Dewasa RM28.00 dan Warga Emas, Kanak-Kanak RM16.00 sahaja. Nak tempah pun boleh tau, Whatsapp mreka di 011-26685187 untuk penempahan. Sebab kalau tengok di FB mereka boleh juga buat reunion kengkawan datang melepak ye. Cuma satu aje, harga yang dipamerkan ini tak termasuk dengan air minuman. Jadi apa sahaja air yang korang order akan jadi tambahan kepada jumlah RM28 itu tadi. Mungkin NGENCES boleh pertimbangkan letak air suam jua untuk FREE FLOW.
Jadinya siapa yang nak air manis berperisa boleh lah order, kalau kolin suka air masak aje. Sedap bila makan panas-panas macam ini kan.
Ada meja untuk 4 orang atau lebih ramai pun ada. Tempat cukup terang dan cukup selasa buat korang yang nak bawak anak-anak kecil. Cuma tempat stimbot dan grill tu kecik lah sedikit. Tapi bagi kolin ok dah kut, rasanya cukup ok dah. Mungkin kalau ramai, 2-3 lah tempat grill kan. Kolin berlima makan malam kali ni cukup dengan satu tempat masak tu.
Ini pelbagai bola-bola seafood dan makanan yong tau foo yang ada.
Ini pula pelbagai sos perisa yang ada. Korang boleh pilih nak cicah apa pun ada.
Selain daging kambing, daging lembu dan ayam pun ada juga. Bukan lah kambing semata-mata di Ngences ini. Cuma peminat Seafood atau makanan laut mungkin kena ke tempat lain, sebab kat sini memang fokus daging sahaja. Tak ada makanan laut sebab memang fokus mereka kambing grill free flow kan.
Beginlah keadaan berderet buffet mereka untuk semua pengunjung pilih sendiri dan masak sendiri hahaha. Peminat daging memang korang patut ke sini, sebab korang boleh duduk dan free flow sampai overloaded dengan daging ok. Kolin peminat seafood, so enjoy sesikit ajelah. Suami memang suka lah tempat ini kan. Dim Sum pun ada juga kalau korang nak cuba, nasi lemak pun ada.
Wajah kesayangan hamba yang gumbira....Alisa memang suka sangat ke sini sebab dia makan aiskrim aje keje dia tak berhenti-henti. Kat sin ada aiskrim, buah-buahan dan juga salad tau. Ali Imran dan Hubby memang melayan daging tak behenti-henti. So memang jadi salah satu tempat kegemaran kami lah nanti.
Begitulah cerita makan malam kolin di NGENCES. Buat warga kota yang teringin nak cuba kat sini. Sila lah tau, kalau nak selamat musim gaji ini baik mesej dahulu dan buat tempahan awal. Supaya korang tak perlu lah tunggu sampai meja kosong. Sebab kebanyakkan yang duduk makan kat sini berjam-jam hahahah
Dengan borak, dengan nak tunggu daging masak, dengan makan perlahan-perlahan. Semua datang nak enjoy makanan dengan tenang kan. Tempat pun ok, toilet ok..cuma kolin pergi malam sejuk ajelah. Kalau siang tak pasti macam mana.
Haaa.. begitulah keadaan makan makan kami di NGENCES
Nampak kan... sedap kan... semua grill kat tepi-tepi tu. Ada sup tomyam dan juga ayam untuk stimbot. Boleh tambah selalu, pekerja pun peramah. Tempat letak kereta pun ada. Korang try waze kalau nak ke tempat ini ok. Kalau tak dapat cari, search FB mereka segala maklumat ada di sana.
Jangan lupa pergi try ok, ini buat review ikhlas tau. Harga patut dan tempat selesa harus di kongsi.
Semoga semua murah rezeki, tak baik mendengki kan. Hugs uolsssss
Love,
Kolin Zainal
Sedapnyaaa. Terliur tengok. Haha :D
ReplyDeletesuka makan kambing memang heaven laa tempat ni weii inani
Deletesedap ke tidak uols?? macam menarik nihhh
ReplyDeletesedap laa uolsss. kambing kan hahahah
DeleteAssalamualaikum mem Kolin... Alhamdulillah terima kasih dgn review write-up yg sungguh kemas dan indah mengenai Restoran Ngences Giga :) Appreciate sgt2... Jumpa selalu lg ek ;)
ReplyDeletesama-sama :)
Deletesdapnye kambing...free flow ek
ReplyDeletefree flow babe..jgn risau..habis aje dema top up
DeleteLama x makan stimbot..suka yg kat pak john
ReplyDeletenanti try yang kat sini okay
Delete