Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Yogjakarta Episod 2 - Rumah Roso Homestay

assalammualaikum dan salam sejahtera

Penerbangan yang mengambil masa 1 jam setengah ke Kota Yogja ini tak delay dan sampai tepat pada waktunya. Sekarang ke Indonesia tak perlu lagi isi kad putih yang Visa On Arrival tu dah. Cuma isi borang kastam declare kalau ada yang korang bawa terlebih atau yang terlarang. Selain itu, tak ada apalah. So isi sahaja sorang satu ok, flight attendant akan edarkan untuk korang semua isi masa nak sampai. Nasihat kolin, sila bawa pen anda sendiri jangan nak menyusahkan orang lain pasal ko tak de pen. Unless, jiran ko mamat ensem dan ko memang mencari jodoh boleh lah try pinjam uoollssss...taktik mula ngayat hahahahha

 
 Airport dia lebih kurang macam di Bandung, airport tentera. Kecil dan simple so tak lah penat nak berjalan. Proses imigresen juga senang, alhamdulillah kami tiada apa masalah. Dan disebabkan kami semua backpackers senang aje lah. Tak perlu nak tunggu bagasi turun dari pesawat. Laju aje keluar dari airport


Macam biasa aksi orang menjerit-jerit mencari penumpang. Tapi kolin kan berempat takut jugak kena tipu, maklumlah kat bumi orang kan. Kami memilih untuk mengambil tiket teksi dari airport. Caj bayaran teksi dari airport ke RUMAH ROSO HOMESTAY 85,000 rupiah. 

Inilah dia RUMAH ROSO HOMESTAY. Sebuah rumah teres atau banglo kecil. Simple, ringkas dan bersih. Macam entri kolin cakap sebelum ini, flight dan hotel kolin terus book di airasia.go tau. RM550 sahaja siap flight pergi dan balik dan penginapan bilik 2 malam bagi 4 orang. 

Cukup selesa, ada dua katil queen dan kolin saja ambil bilik air di dalam bilik. Kalau korang nak jimat lagi, boleh lah ambil penginapan yang tandasnya di kongsi. Bersih aje, jangan risau. Ala penginapan cuma untuk 2 hari, tak perlu lah berkira betul tak. 









Cuma di RUMAH ROSO HOMESTAY ni nak tengok TV kena di luar bahagian ruang tamu dan ruang makan. So memang kolin dan kawan-kawan tak tengok lah TV selama 3 hari tu. Kami berborak mengadap lah satu sama lain. Maklumlah girltrip katanya. Yang penting sarapan pagi ada sekali. Lega otak tak perlu nak keluar cari sarapan setiap pagi.

Inilah dia keadaan RUMAH ROSO HOMESTAY. Simple dan cukup hebat bagi penginapan kami. Rasanya tak salah pilihan kolin memilih penginapan ini di www.airasiago.com

Cuma nasihat kolin, kepada yang menempah melalui AIRASIAGO ini, baik korang email atau call hotel tu  memaklumkan yang korang dah booking pada tarikh berkenaan. Kalau korang nak tahu, kami berempat mengelabah gile tau masa sampai cakap kami tiada booking!!! Sibuk memasing call talian AIRASIAGO dan try email ke AIRASIAGO. Memikirkan mana lah kami nak menginap malam ni kan. Dalam kelam kabut dekat sejam tu, nasib baik pekerja tu tanya, booking bulan berapa. Bila kolin cakap Julai, terus dia semak balik dan rupanya ada. Itu yang dapat juga kami menginap kat sini. So lesson learn, book dengan AIRASIAGO tu sila lah hubungi juga hotel berkenaan dan maklumkan. Jangan ikut sangat nota kat situ tak perlu hubungi hotel kerana dah sah ada booking. Silap pekerja tersalah pandang, terus korang meraban mencari tempat nak menginap tau. 




Ada banyak dekorasi sekitar Rumah Roso Homestay ini. Boleh lah korang nak feeling-feeling bergambar macam retis tu. Masa ini baru lepas hujan, itu yang semua meja kerusi dilipat dan di salut plastik. So tak lah nampak lawa petang tu, dah semua basah kan. 

Bila dah selamat ada penginapan, tibalah masanya kami mencari tempat menarik untuk dijelajahi. Sebelum itu posing lah dulu wei hahhahaha



Dari Kolin, yang tudung hitam tu nama dia Milah, sebelah milah yang sopan santun tu kita panggil dia Kak Intan dan last sekali baju putih tu Sue. Kolin dan Milah BFF dari tingkatan 3 masa sekolah menengah, manakala Kak Intan dan Sue satu Uitm Manjung dulu sama aliran. Inilah dia travel buddy kolin kali. Alhamdulillah semua sama kepala weii..


Boleh dikatakan Rumah Roso Homestay ini sekitarnya aje dah banyak aksi korang boleh posing tau. Lawa sangat .....Ok lah..sesiapa yang merancang nak ke Yogja boleh lah pertimbangkan penginapan ini kalau tak kisah duduk pinggir bandar sedikit. Kalau nak happening banyak tempat shopping kenalah duduk dekat dengan Malioboro tu. Memang boleh lah korang berhabis shopping kat sana. 

Dah posing berempat, kali ini nak lah pulak feeling retis kan. Hameekkk




Nanti kolin cerita lagi ok. Trip Yogjakarta semua free and easy aje. Tapi next episod kolin nak share perkhidmatan supir terbaik di Yogja. Hug uolsss


Love,

Kolin Zainal

       

1 comment:

  1. hai, nak tanya. toilet dia private kaa share? maksudnya toilet and shower ada dalam bilik tak?

    ReplyDelete

loving me..loving you