Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Kelas berenang untuk anak-anak dari MAI SWIM

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ini kali kolin buat program cuti sekolah untuk anak-anak. Dengan kelas tambahan tetap ada berjalan macam biasa, kolin tambah dengan aktiviti berenang. Disebabkan susah nak bercuti bawa pelampung bagai dan kolin terpaksa kadang-kadang masuk dalam kolam sekali tau. Disebabkan kedua-dua anak kolin tak mahir berenang. Tak pasal lah setiap kali kene basah dan mandi sekali. 

Kali ini kolin nekad, cari dana dan hantar mereka ke Akuatik Shah Alam untuk belajar berenang. Selepas di cadangkan oleh rakan kolin inilah dia hasilnya. Korang boleh buka link www.maiswim.com dan terus tengok jadual dan pakej kelas renang yang ditawarkan. Untuk kolin semua sekali RM320.00 untuk 2 orang. RM20 untuk pendaftaran pertama kali dan RM140 untuk kelas 8 jam, 4 hari berturut-turut. 
Jadi dari hari selasa sehingga hari jumaat kelas yang di ambil.


MAI SWIM mempunyai tenaga pengajar berpengalaman sangat. Pandai betul mereka layan budak yang takut air. Macam anak kolin, Alisa memang penakut air. Teruk sangat sampai memang nak ajar 'bubble' atau bernafas dalam air pun takut. Tapi mereka pandai guna psikologi bagi budak-budak seronok berenang. Buat Ali Imran, memang takde masalah. Cepat sahaja anak yang ini catch up macam mana nak berenang. 

Kelas yang kolin ambil untuk anak-anak ini adalah basic dan water confidence. Tak bermakna habis 4 hari kelas ini dah terer. Tapi boleh lah, tak pandai sangat...tapi budak-budak dah tahu lah sikit-sikit asas. Memang lepas ini kolin nak sambung kelas renang mereka ini. Mungkin setiap hujung minggu. 


Kalau ikut petua kawan-kawan yang ada anak cemerlang memang suruh hantar belajar berenang. Katanya sukan yang Nabi SAW kita suka. So tak salah lah kolin tambah satu lagi skill buat anak-anak. Asyik teori dan kelas tuition pun kasihan jugak kan. Kita bagi mereka buang rasa stress setelah belajar selama 11 bulan kan. Sama lah macam kita juga, dah stress kerja mesti nak bercuti kan. 


Kolam yang ini terbuka di luar, kalau kelas macam yang kolin ambil 12-2 petang ini memang azab lah sikit. So pakai lah SPF tebal-tebal. Masalahnya kolin yang duduk tepi kolam pun siap sunburn lah pulak. Kacau betul, anak-anak pun dah gelap sikit. Tapi demi nak belajar mereka seronok aje. 

So dah selesai sesi pertama mereka. Nanti ada rezeki kolin sambung lagi bulan Januari sampai mereka mahir dan tak takut lagi untuk berenang, walau di tempat yang dalam. 
Doakan ok ! 

Buat korang yang teringin nak hantar anak-anak buka link www.maiswim.com  
Atau call sahaja nombor telefon yang ada di dalam web itu, mereka layan baik sekali.

Semoga dengan aktivti ini boleh memajukan lagi anak-anak kita

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you