Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Kalau lah dapat pergi LONDON dengan TRAVELOKA

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ini adalah salah satu impian kolin, kalau lah dapat pergi LONDON kan. Kalau Asia memang kolin rasa dapat capai impian itu dengan menabung. Tapi rasanya kalau ke LONDON dengan TRAVELOKA pasti lagi seronok. Jika www.traveloka.com.my meluluskan percutian saya ke LONDON, inilah antara tempat yang kolin nak sangat pergi dan bergambar untuk kenangan. Oh London, you in my top list !! Menunggu kelulusan ke London ni.

Perkara pertama yang kolin nak sangat buat kalau ke London ialah menaiki Bas Merah mereka yang  bertingkat tu. Asyik dapat fridge magnet dan keychain bas merah bertingkat tu, kali ini kolin nak rasai pengalaman sendiri menaiki bas itu mengelilingi Kota London. 

Macam best aje warna merah dan di kelilingi kecantikan Kota London. Ini perkara pertama kalau Traveloka luluskan percutian kolin. Naik bas seperti warga tempatan di sana. 
Pusing-pusing Kota London dan dapat lihat dengan jelas yang ada di sana. Lagi best dapat tengok kebudayaan dan nilai masyarakat yang ada.


Perkara kedua yang kolin nak sangat tengok kalau ke Kota London, ialah Tower Bridge, London. Selalu tengok orang bergambar kat sini. Dan kalau nak tahu kolin dulu suka sangat nyanyi. 'London Bridge is falling down, falling down' tu, tapi itu lagu dahulu kala masa kolin anak-anak. Kalau lah dapat melihat keindahan Tower Bridge ini depan mata samada siang atau malam kiranya lengkaplah segala keindahan dunia yang kolin nak tengok. Tengok gambar ini pun dah seronok sangat dah, kalau depan mata apa ntah lagi kan. Nampak juga selalu orang Malaysia ke sini dan bergambar. Teruja sangat tengok hatta kolin selalu tengok dalam gambar sahaja.


Perkara ketiga yang kolin akan melawat sekiranya diberi kesempatan ke London ialah Hyde Park. Tempat yang lawa wajib di lawati untuk pencinta keindahan alam macam kolin. Keindahan alam yang cantik ini sememangnya tak boleh kolin lepaskan.


Boleh tengok itik berenang-renang kat tasik tu, tengok keindahan pokok-pokok dan bunga yang ada di Hyde Park, London. Teringin nak lepak kat taman ini sambil makan sandwich dan kopi panas-panas.  Kalau ada kawan atau keluarga yang pergi bersama pasti ianya menjadi kenangan yang terindah.

Perkara keempat yang kolin nak pergi sangat ialah Buckingham Palace. Tempat yang ada askar pakai topi tinggi dan baju seragam merah tu. Asyik lah tengok dalam TV kan. 


Tersergam indah Istana Buckingham tu kan. Seronok lah kalau dapat bergambar dan lihat sendiri Istana yang bersejarah ini di depan mata kan.  Kolin nak sangat bergambar dengan askar mereka yang akan berdiri tegak walaupun di ganggu tu. Betul atau tidak begitu, memang kolin kena pergi sendiri dan tengok lah kan.

Perkara kelima kolin nak tengok sendiri tempat yang menakjubkan ini. Macam dulu kolin pernah ke Tembok Besar China. Dan keindahan yang ini Stonehege adalah tempat yang patut dan wajib yang perlu kolin pergi kalau dapat bercuti di London.  Ini gambar masa matahari terbenam tak silap kolin. Dan semua imej atau gambar ini kolin dapat kat google semuanya. Alangkah bagusnya kalau kolin dapat sendiri menjejakkan kaki ke sini dan kongsi dengan korang dalam blog kolin kan. Pengalaman kolin sendiri berada di sini dengan percutian yang diluluskan tu kan.


Kalau di ikutkan memang banyak lagi tempat kolin nak pergi kalau diberi kesempatan macam Kensingtons Garden, Albert Memorial, Emirates Stadium dan lagi best kalau kolin di beri kesempatan untuk menonton Open Air Theatre. Memang ini semua mimpi yang diharapkan menjadi kenyataan. Kenyataan yang paling indah kalau menjadi tau.

#MyTravelokaEscapade ini dah senang dan mudah, semuanya di hujung jari. Buat korang yang suka bercuti tapi mempunyai bajet yang ketat atau terhad. Jangan lupa klik traveloka untuk mencari destinasi percutian anda dengan kadar yang sangat berpatutan serta ada aje diskaun bagi pengembara macam kita semua ini. Yang penting jadilah pengembara jangan jadi pelancong ok.


 Love, 

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you