assalammualaikum dan salam sejahtera
Ada apa di MAHA 2016? Kolin sebenarnya setiap tahun tak pernah melepaskan peluang untuk ke MAHA yang berlangsung di MAEPS Serdang. Pelbagai aktiviti dan pelbagai ilmu yang boleh di dapati setiap kali berkunjung ke sini. Macam biasa setiap tahun ada saja kelainan yang di bawakan oleh MAHA bagi semua pengunjung mereka. Sama jua untuk tahun 2016, MAHA tak gagal pada kolin. Memang terbaik !!
Ini kolin nak kongsikan apa yang ada di MAHA 2016 buat korang yang ingin ke sana esok. Korang tahu kan MAHA 2016 dah berlangsung dari 1 Disember sehingga esok iaitu 11 Disember 2016. Dan ada dua pintu yang boleh korang datang. Ada Pintu 1 dan jua Pintu 2. Macam kolin, keluar awal pagi sekitar jam 8.00 pagi dah sampai. Sebab apa nak lokasi parking kereta yang dekat dan senang. Maklumlah korang kena faham, pengunjung MAHA 2016 ramai !!!! Dan hari ini telah pun diumumkan pemenang pengunjung ke 3 juta tau. Korang tengok, dah lebih 3 Juta yang datang mengunjungi MAHA 2016.
Baiklah ini antara lokasi yang korang boleh datang dan rasakan pengalaman korang sendiri. Pelbagai bahan dan cerita menarik tau. Tapi pakai baju dan kasut yang paling selesa ok. Sebab kawasan MAHA2016 memang besar betul.
1. NAFAS CUBE
Kawasan ini paling bagus untuk korang untuk mulakan perjalanan di MAHA 2016. Sebab korang boleh bersarapan pagi kat sini. Makanan yang dihidangkan sedap ok, bukan jenis tangkap muat. Selain itu, korang dapat lihat sendiri penginapan yang ada di MAHA 2016. Paling manis ada VVIP pun bersarapan di sini. Terima kasih Dato' Shabery Cheek sudi bergambar.
2. HOUSE OF TUNA
Buat pengemar ikan, sila lah ke sini. Korang boleh dapat sedikit ilmu mengenai ikan kegemaran ramai ini. Besar betul ikan ini kan ! Kalau korang nak tengok kena lah datang MAHA 2016.
3. KINGDOM OF SHARK
Ini memang pasti menarik hati buat anak-anak. Pelbagai bahan termasuklah replika ikan ini. Gigi dan tulang juga dipamerkan buat semua pengunjung yang hadir ke sini. Dengan lampu berwarna-warni sure korang suka berkunjung di Kingdom of Shark. Siap boleh tengok shark secara LIVE tau. Bawa anak-anak korang datang sini ok.
4. PAMERAN IKAN TERMAHAL
Ini pula tempat peminat-peminat ikan 'limited edition'. Memang mahal betul dan kalau lah dapat peluang makan memang best kan. Korang lihat aje lah sendiri harga ikan ini weiii. Dan kolin tanya juga urusetia kat sini, mana datangnya ikan ini. Menurut katanya ikan ini dari Sarawak. Tak sangka kan dari Malaysia rupanya.
5. LAMAN PADI
Ini pula pengalaman yang best buat kolin. Dapat lihat bagaimana padi dan bagaimana beras dihasilkan. Maklumlah selama ini reti makan nasi aje, beras pun tau-tau beli kat kedai. Kali ini baru lah nampak bagaimana segala proses terjadi. Lagi seronok, kat sini korang boleh saksikan perlawanan bola dalam petak sawah. Haaa memang berlumpur, memang susah untuk mereka berlari, tapi itulah keunikkan MAHA 2016 kali ini. Pelbagai pengalaman ada, siap di ajar kepada kami bagaimana bedak sejuk di hasilkan tau.
Lagi syok ada BAHASA KERBAU hahhaha. Siapa sangka rupanya nak bercakap dengan kerbau pun ada bahasa tersendiri rupanya. Jangan tak singgah sini tau.
6. LAMAN NANAS / PINEAPPLE PLANET
Buat pengemar buah ini korang patut singgah ke sini. Dapatlah rasa nenas yang minum dan makan lidah tak sakit tau. Baru lah kolin tau banyak betul jenis nenas rupanya. Selama ni kolin suka makan Nenas Josephine aje yang banyak kat Johor tu. Rupanya banyak betul jenis nenas. Nanas MD2 yang patut korang cuba. Manis dan tak sakit lidah langsung tau.
Dan kalau korang ke sini, jangan lah lepaskan peluang tangkap gambar kat dinding 3D yang disediakan. Boleh lah feeling-feeling petani nanas sekejap heheheh.
7. LAMAN ARMADA JENTERA
Lokasi yang ini menang 'owesome'. Banyaknya ciptaan anak tempatan yang menarik!! Tak sangka sangat kreativiti mereka ini boleh menjadikan mereka usahawan yang berjaya. Boleh lah korang datang dan lihat macam mana mereka kupas kelapa muda, hasilkan pelbagai jenis makanan mengunakan mesin yang mereka cipta sendiri.
8. LEMBU SADO
Haaaa kolin tau, korang semua mesti teruja. Lembu Sado ini ada di kawasan Laman Ternakan. Memang besar gila, besar amat. Lembu Sado ini menghasilkan lebih banyak daging dari lembu biasa tu tau. Jadi mungkin tak lama lagi, penternak akan lebih banyak menternak lembu ini untuk pasaran dalam negara. Itulah slogan Our Food Our Future itu bertepatan sangat. Selepas ini tak perlu import dah, semua dalam Malaysia aje. Itu kan lebih baik kan.
Di Laman Ternakan ini juga korang boleh rasa pelbagai jenis susu yang dihasilkan oleh usahawan tempatan. Jangan lupa berbelanja untuk ole-ole bawa pulang ok.
9. LAMAN SAYUR & HERBA
Ini tempat kegemaran kolin !!!! Suka sangat tengok pokok-pokok herba yang ada kat sini. Sayur tanaman hidroponik pun ada. Alangkah bagusnya kolin dapat tanam dan bila nak masak terus petik-petik aje kan. Lebih sihat dan lebih berkhasiat. Kat kawasan ini juga korang boleh tengok pelbagai buah-buahan dari pohon menjalar. Labu UFO pun ada, yang belang-belang pun ada. Memang seronok sangat lah masa kat Laman Sayur & Herba ini.
Sempat juga lah kolin rasa madu kelulut fresh tu. Tapi korang hati-hati, lebah kelulut ini kalau di kacau dia gigit orang juga oii..boleh tahan kene sengat hahahah
10. LIGHT SENSATION
Ini lah tempat yang kalau malam-malam tu lawa aje berlampu semua bunga-bunga tu. Kolin rasa sesuai korang datang dan buat outdoor kat sinilah. Suasana romantik sangat dengan padang terbentang luas dan semua bunga-bunga yang tersusun kat sini. Kat area ini juga lah konsert diadakan. Macam malam ini ada Ramli Sarip, malam esok kolin rasa ada lagi persembahan hebat dari artis tempatan. Buka FB MAHA2016 tau, rugi tak buka dan LIKE sebab ada contest menang Iphone 7 tau.
11. KAMPUNG DURIAN RUNTUH
Buat adik-adik ini lah syurga mereka hahahaha. Ada Upin Ipin tau. Tapi selain itu korang patut cuba minum air kelapa muda kat sini. Dan kalau korang beruntung ada pula air kelapa muda FREE di edarkan. Selain itu pelbagai tanaman dan produk herba yang ada. Yang menarik hati kolin tadi produk herba dari Belalai Gajah. Banyak rupanya khasiatnya. Nanti kalau nak tahu lebih banyak Google ok.
Ada juga replika dinasour kat sini yang diperbuat dari botol plastik tau. Kreatif sangat hiasan taman Kampung Durian Runtuh ini. Dan apabila dah habis melawat kawasan luar. Korang jangan lah tak masuk pula kawasan Upin Ipin tau. Anak-anak dapat buat pelbagai aktiviti kat dalam tu rupanya. Antaranya macam yang kolin buat ini, belajar tanam pokok dan mereka juga ajar macam mana nak jaga pokok tau. Ada banyak tanaman yang boleh di pelajari jua. Dan yang paling penting ada persembahan pentas dari maskot kartun Upin Ipin tu. Itu yang buat adik-adik seronok betul bila masuk sini. Termasuklah kolin hahahhhahaha
12. KAMPUNG MAK CUN
haaa...ini lah yang tengah trending sekarang ini. Kolin memang suka betul tengok drama hasil lakonan Erma Fatima ini. Tak sangka sekarang dah makin besar empayar. Sampai MAHA 2016 pun dah ada Kampung Mak Cun tau. Pelbagai makanan kampung korang boleh dapati kat sini. Buat peminat makanan tradisi melayu asli inilah tempat korang tau.
13. DISTRICT OF MALAYSIAN ENTREPRENEURS
Lokasi yang paling ramai orang, kolin sampai tak lepas masuk tau. Tapi dapatlah tengok dari luar dan lihat pelbagai barangan dari usahawan tempatan tau. Banyak lah makanan frozen boleh korang beli dan simpan buat stok. Inilah bila feeling mak-mak sampai. Itu yang suka lah sangat makanan frozen. Senang nak disediakan, betul tak?
Itu lah dia antara lokasi yang korang boleh sampai dengan berjalan kaki tau naik tram yang disediakan. Beratur sahaja di tempat yang disediakan korang boleh sampai ke semua lokasi ini. Sebelum itu, korang patut masuk ke semua Hall atau Dewan yang ada. Macam kolin sempat lah singgah tengok pelbagai aktiviti dan pameran yang diadakan di dalam Dewan.
Dapat lah makan jagung segar yang dihidangkan bersama susu. Dan yang paling istimewa dapat makan aiskrim RockMelon. Haaa....kalau nak rasa masuk dalam Hall ok. Banyak weih, makanan sedap-sedap.
Pameran LKIM pun tak kurang hebatnya. Siap korang boleh 'shell out' tapi kena lah tempah awal-awal. Hari ni memang dah full booking, so tak lah dapat merasa hehehhe. Lain kali ada rezeki kita shell out lah ye. Kat sini kalau korang nak tengok ikan besar, loabster yang besar pun ada. Satu pengalaman hebat buat kolin yang suka seafood.
Dan yang paling menarik korang pergi EMPAYAR FOOD ok. Ada 160 gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan juadah seluruh Malaysia. Ketupat Sotong pun ada !!! Satay tulang, briyani kambing dan banyak lah lagi. Apa saja hidangan yang sedap setiap negeri di Malaysia ada dijual disini. Tempatnya besar dan selesa untuk korang sekeluarga. Jangan risau ok. Makan sahaja apa sahaja yang korang teringin, sure puas hati.
CASTLE OF FRUIT pula pasti mengamit kenangan buat korang. Peminat buah macam kolin ini memang teruja. Dapat makan Durian weii..Durian ini adalah yang terbaik, kiranya atas sedikit dari Musang King tu. Sebab Durian yang kolin dapat rasa ini selalunya di import tau. Bukan pasaran dalam Malaysia, bertuah dapat merasa ketika mengunjungi MAHA2016.
Ada apa di MAHA 2016? Itulah yang ada... pelbagai aktiviti dan banyak sangat ilmu korang dapat. Shopping pun syok giler. Bawak beg troli ok, sebab MAHA2016 dah last esok, pasti semua barangan yang ada di LELONG !!!! Kasi licin kasi habis... hahhahah
Buat yang tak pernah pergi, sila pergi esok sebab dah LAST DAY.
Hari terakhir MAHA 2016 esok !!! Esok...
Nak bagitahu korang juga, pengunjung MAHA 2016 mencecah hampir 3.5juta tau. Sesilap lebih, rasanya kolin dah tengok gambar pemenang pengunjung ke 3 juta dan pengunjung 3.5 juta yang menang motor itu. Kalau nak lebih lagi, korang nak tengok macam mana ramainya pengunjung MAHA 2016, tekan link youtube bawah ni ok Bukti tau ...MAHA best....
https://youtu.be/8wJPCjwzFh
https://youtu.be/8wJPCjwzFh
Love,
Kolin Zainal
Dengar kata Kolin lagi utk second round ekk?? Sure seronok kan..akak mmg dah taklarat dah nk repeat lagi
ReplyDelete